Mohon | Alumni | Sumbangan | Pelajar | Staf | Pembekal

      UiTM FinEPortal

      • LAMAN UTAMA
      • KORPORAT
        • INFO KORPORAT
          • Visi dan Misi UiTM
          • Falsafah dan Objektif UiTM
          • Piagam Pelanggan Jabatan Bendahari
          • Carta Struktur Organisasi
          • Carta Struktur Fungsi
        • INFO KUALITI JABATAN BENDAHARI
          • Dasar Kualiti
          • Objektif Kualiti
          • Aktiviti Teras
          • Fungsi Utama
          • Manual Kualiti
          • Pensijilan ISO
          • Pencapaian
      • ORGANISASI
        • Bendahari UiTM
        • Pengurusan Kanan Jabatan Bendahari
        • Bahagian Jabatan Bendahari
        • Unit Kewangan Zon - UKZ
        • Negeri / Kampus
        • Jawatankuasa Jabatan Bendahari
      • PERKHIDMATAN
        • FINePortal
        • FINeProcurementPLUS
        • FINePay
        • FINeStudent
          • Akses Staf
          • Akses Agensi Luar
          • Akses Pelajar
        • eClaim Pemandu
        • e-Sumber
        • eAduan UiTM
        • Muat Turun
      • KALENDAR
      • DIREKTORI
      SHAHRUL AFZAR BIN LAILI
      Laman Utama
      23 November 2026
      Hits: 51

      PEMBENTANGAN AKHIR DOKUMENTASI KECEMERLANGAN OPERASI (OE) JABATAN BENDAHARI UiTM

      • Print

      PEMBENTANGAN AKHIR DOKUMENTASI KECEMERLANGAN OPERASI (OE) JABATAN BENDAHARI UiTM

      19 November 2026, Hotel UiTM

      Dua kumpulan OE Jabatan Bendahari UiTM, iaitu IBG Express diketuai oleh Pn. Noor Alzura Alang Idris , Pengarah Kewangan Bahagian Kewangan Korporat dan Budget Innovator diketuai oleh Pn. Shalezah Shafe'e, Pengarah Kewangan Bahagian Belanjawan Universiti telah membentangkan dokumentasi akhir projek penambahbaikan proses kerja melibatkan Integrasi H2H bagi proses bayaran serta kelulusan e-JBPNP bagi pembelian aset dan pembangunan universiti.

      Pembentangan telah dinilai oleh :-

      1.Cik Junita Jamaludin, Bendahari UiTM merangkap OE Champion

      2 En. Darus Kasim, Pembimbing Pengalaman OE

      3.Pn. Norina Jamil, Penyelaras OE dan Inovasi InQKA

      4.Pn. Faizahton Fisal, Penyelaras OE Jabatan Bendahari

      Hasil pembentangan bersedia didaftarkan di
      Sistem Online Process Improvement Registration (OPIR) universiti.

      Inisiatif ini mencerminkan komitmen Jabatan Bendahari dalam memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan, mengoptimumkan proses kerja serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kewangan universiti.

      Syabas dan tahniah kepada kedua-dua kumpulan atas komitmen dan usaha menjayakan agenda Kecemerlangan Operasi Jabatan Bendahari UiTM.

      Daripada:
      Jawatankuasa Induk OE, Jabatan Bendahari UiTM*

      “JABATAN BENDAHARI UiTM, MEMACU KECEMERLANGAN OPERASI, MEMPERKASA TRANSFORMASI KEWANGAN”

      MANTAP! MANTAP! MANTAP!

       

      Penerbit Artikel : Pn. NUR FAIZAHTON BINTI FISAL C.A. (M)


       

       

      SHAHRUL AFZAR BIN LAILI
      Laman Utama
      30 October 2026
      Hits: 217

      MAJLIS APRESIASI ENDOWMEN UiTM 2026

      • Print
      Majlis Apresiasi Endowmen UiTM 2026 bertempat di Hotel UiTM, Shah Alam, anjuran Unit Endowmen, Jabatan Bendahari UiTM.
       
      Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
      Penganjuran majlis ini bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para penyumbang serta rakan strategik yang telah memberikan sumbangan dan sokongan berterusan dalam memperkasakan dana Endowmen UiTM.
       
      Majlis turut menyaksikan pelancaran identiti visual dan tagline baharu Endowmen UiTM, “Memperkasa Pendidikan, Mencorak Masa Depan”, sebagai usaha memperkukuh imej dan keterlihatan Endowmen UiTM.
      Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, rakan strategik serta pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
       
      Penulis : Puan Noor Hidayah Rugani
         

       

      SHAHRUL AFZAR BIN LAILI
      Laman Utama
      30 October 2026
      Hits: 193

      BENGKEL PEMANTAPAN TADBIR URUS PEROLEHAN UiTM

      • Print

      BENGKEL PEMANTAPAN TADBIR URUS PEROLEHAN UiTM

      Bahagian Perolehan & Aset, Jabatan Bendahari telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Tadbir Urus Perolehan UiTM pada 5 hingga 7 Oktober 2026 bertempat di ILB Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

      Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dan kompetensi pegawai kewangan dalam aspek tadbir urus pengurusan perolehan UiTM. Bengkel telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) merangkap Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

      Turut berkongsi ilmu ialah Penolong Pesuruhjaya Tuan Azuan Azhar daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyampaikan perkongsian berkaitan integriti dan pencegahan rasuah dalam perolehan. Semoga perkongsian yang diperoleh dapat terus dipraktikkan dalam pelaksanaan tugas demi memperkukuh tadbir urus perolehan UiTM yang berintegriti dan berakauntabiliti.

       

      Penulis : Puan Jubina Binti Ramli, C.A. (M)


       

       

       

      Klik SINI untuk Baca Selanjutnya

      SHAHRUL AFZAR BIN LAILI
      Laman Utama
      30 October 2026
      Hits: 264

      BENGKEL DOKUMENTASI KECEMERLANGAN OPERASI (OE) JABATAN BENDAHARI UiTM

      • Print
      BENGKEL DOKUMENTASI KECEMERLANGAN OPERASI (OE) JABATAN BENDAHARI UiTM 2026
       
      Jabatan Bendahari UiTM telah menganjurkan Bengkel Dokumentasi Kecemerlangan Operasi (OE) 2026 pada 8 hingga 9 Oktober 2026 bertempat di Dewan Seminar Kolej Melati, UiTM Shah Alam.
       
      Bengkel anjuran Jawatankuasa Induk OE ini bertujuan memperkukuh kualiti dokumentasi inisiatif OE melalui perkongsian ilmu, bimbingan dan penambahbaikan berterusan. Sesi ini turut menampilkan Encik Darus bin Kasim, Pembimbing KIK & OE, sebagai panel jemputan.
       
      Majlis penutup turut diserikan dengan kehadiran Bendahari UiTM, Cik Junita binti Jamaludin, C.A. (M), ACMA, CGMA, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya kecemerlangan operasi.
       
      Semoga inisiatif ini terus memupuk budaya kerja yang inovatif, sistematik dan berorientasikan penambahbaikan berterusan demi kecemerlangan serta kemampanan kewangan Jabatan Bendahari UiTM.
       
      Penulis: Puan Nur Faizahton Binti Fisal C.A (M)
       

       

       

      SHAHRUL AFZAR BIN LAILI
      Laman Utama
      30 October 2026
      Hits: 203

      MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH

      • Print

       

       
      24 Julai 2026 - Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang disempurnakan oleh Bendahari UiTM, Cik Junita Jamaludin sambil disaksikan Penolong Pesuruhjaya SPRM, Tuan Azuan Adzhar dan Pengarah Bahagian Integriti UiTM, Encik Mohd Hafiz Ramlee..
      Majlis Ikrar Bebas Rasuah, Jabatan Bendahari UiTM Shah Alam bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor (SPRM Negeri Selangor) bertempat di Dewan Seminar, Aras 1, UiTM Global, Kompleks Antarabangsa UiTM Shah Alam.
       
       

        Klik SINI Untuk Baca Selanjutnya 

       

       

      1. LIBAT URUS PENAMBAHBAIKAN DASAR BAHARU PEROLEHAN BERSAMA PENGURUSAN KANAN JABATAN BENDAHARI UiTM
      2. Kunjungan Rasmi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
      3. PROGRAM LIBAT URUS SEMAKAN DASAR PEROLEHAN UiTM BERSAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)
      4. Jabatan Bendahari UiTM Lancar Piagam Pelanggan Baharu

      Pengunjung Dalam Talian

      We have 478 guests and no members online

      INFO PANTAS

      FINePay
      Info Bayaran - Staf
      Info Bayaran - Pembekal
      Info Bayaran - Pelajar
      Muat Turun

      STAF - Bantuan dan Soalan Lazim
      PELAJAR - Bantuan dan Soalan Lazim
      PEMBEKAL - Bantuan dan Soalan Lazim

      CADANGAN / MAKLUMBALAS

      Bank Idea Jabatan Bendahari

       

       

      CAPAIAN LAZIM

      STAF

      Senarai Perabot Untuk Diguna Semula Oleh Pusat Tanggungjawab
      Jadual Bayaran Gaji, Tuntutan dan Elaun
      ePekeliling Pejabat Bendahari
      FINePay : Platform UiTM Payment Gateway Untuk Membantu Mereka Yang Memerlukan. #kitabantukita

      PELAJAR

      Peringatan : Gugur Taraf (GT) Pelajar
      Struktur Yuran PERDANA

      PEMBEKAL

      Pendaftaran Vendor UiTM
      Iklan Tawaran Perolehan UiTM
      Iklan Tawaran Perolehan Agensi Luar
      Kenali FINeProcurementPLUS UiTM
      Prasarana Kekunci Awam / Public Key Infrastructure (PKI)

       

      QUICK LINKS

      UiTM Official Website
      Academic Calendar
      Intake Calendar
      Graduate Quick Search
      Library
      News
      UiTM Holdings
      Hotel UiTM
      UiTM FC
      e-Complaint
      FAQ
      Site Map
      Work With Us
      JobShop

      KAJIAN SOAL SELIDIK JABATAN BENDAHARI

      Pembekal/ Kontraktor UiTM
      Pelajar UiTM 
      Staf UiTM
      Pelawat UiTM 

      HUBUNGI KAMI

      PEJABAT BENDAHARI
      Aras 3, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
      Universiti Teknologi MARA,
      40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
      units.uitm.edu.my

      Tel:

      Pelajar +603 - 5544 3435
      Pembekal +603 - 5544 3399
      Staf +603 - 544 3310

             
       

       

       

       

      COPYRIGHT © 2020 TREASURER OFFICE, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

      Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy

      • LAMAN UTAMA
      • KORPORAT
        • INFO KORPORAT
          • Visi dan Misi UiTM
          • Falsafah dan Objektif UiTM
          • Piagam Pelanggan Jabatan Bendahari
          • Carta Struktur Organisasi
          • Carta Struktur Fungsi
        • INFO KUALITI JABATAN BENDAHARI
          • Dasar Kualiti
          • Objektif Kualiti
          • Aktiviti Teras
          • Fungsi Utama
          • Manual Kualiti
          • Pensijilan ISO
          • Pencapaian
      • ORGANISASI
        • Bendahari UiTM
        • Pengurusan Kanan Jabatan Bendahari
        • Bahagian Jabatan Bendahari
        • Unit Kewangan Zon - UKZ
        • Negeri / Kampus
        • Jawatankuasa Jabatan Bendahari
      • PERKHIDMATAN
        • FINePortal
        • FINeProcurementPLUS
        • FINePay
        • FINeStudent
          • Akses Staf
          • Akses Agensi Luar
          • Akses Pelajar
        • eClaim Pemandu
        • e-Sumber
        • eAduan UiTM
        • Muat Turun
      • KALENDAR
      • DIREKTORI