PENDAFTARAN VENDOR UiTM

 

Bagi melancarkan pelaksanaan Sistem FINeProcurementPLUS UITM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai vendor UiTM, membuat pendaftaran atau mengemaskini maklumat syarikat mulai pada 1 April 2015.

Pendaftaran syarikat ini seterusnya akan melayakkan syarikat tuan/puan berurusan dan berkomunikasi secara atas talian sepenuhnya berhubung Perolehan UiTM. Vendor yang tidak berdaftar melalui Sistem FINeProcurementPLUS UITM adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai mana-mana tawaran perolehan oleh Universiti Teknologi MARA akan datang.

Bagi tujuan pendaftaran, dan dalam melicinkan segala pengurusan penyertaan tawaran perolehan UiTM, syarikat adalah dikehendaki mengenalpasti individu yang bertanggungjawab bagi pihak syarikat sebagai pengguna FINeProcurementPLUS berdaftar dalam mengendalikan urusan perolehan UiTM. 

Maklumat syarikat kebanyakannya akan ditadbir urus secara sistematik dan automatik melalui Sistem FINeProcurementPLUS kami. Justeru, anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat syarikat anda sendiri bagi mengelakkan kegagalan dalam menyertai sebarang tawaran perolehan UiTM di masa akan datang.

Anda adalah sentiasa diingatkan untuk memastikan maklumat yang terkini dikemaskini di dalam Sistem FINeProcurementPLUS kami di antaranya :

  1. Maklumat Perhubungan Syarikat/ Cawangan Syarikat
  2. Maklumat Perbankan Syarikat/ Cawangan bagi tujuan penerimaan bayaran
  3. Bidang MOF/ PKK/ CIDB
  4. Tarikh Tamat Sijil-Sijil Berkaitan dengan Kelayakan Penyertaan Tawaran
  5. Pemilikan Syarikat
  6. Penyata Bank
  7. Maklumat Pengguna/ Pihak Syarikat

Sila klik poster di atas ATAU imbas kod QR pada poster tersebut ATAU klik SINI untuk pendaftaran syarikat.

Klik poster di bawah untuk panduan dan tatacara Pendaftaran Vendor UiTM.