
Sila klik pada tab atau seksyen yang berkaitan untuk maklumat lanjut berhubung bantuan dan soalan lazim.
SOALAN LAZIM
SOALAN 1 : Bagaimana cara untuk mengakses Portal Kewangan Pelajar? Mohon bantuan.
Jawapan:
Portal Kewangan Pelajar (Student Financial Services) boleh diakses melalui login iStudent Portal.
Sekiranya anda menghadapi masalah login ke iStudent Portal, sila rujuk senarai semak di bawah:
- Bagi pelajar baru, adakah anda telah mendaftar sebagai pelajar UiTM di pautan berikut? https://online.uitm.edu.my/
- Adakah anda telah membuat pengisytiharan vaksin? (Wajib, sekali sahaja)
- Adakah anda telah membuat pengisytiharan Saringan C19 setiap hari? (Wajib, setiap hari) (untuk soalan 2 & 3 layari: https://saringc19.uitm.edu.my/#/)
- Sudahkah anda membuat pengisytiharan Akta PDPA? (Paparan akan muncul semasa log masuk pertama, selepas mengesahkan sila kembali ke halaman log masuk)
- Adakah anda menggunakan kata laluan yang betul? Untuk mendapatkan semula kata laluan, sila ke pautan: https://sims-recover.uitm.edu.my/recover/pwd/index.htm
- Jika pemulihan kata laluan gagal, sila semak e-mel yang didaftarkan dalam sistem. Sila layari: https://ssprv2.uitm.edu.my/sspr/public/forgottenusername
SOALAN 2 : Dimanakah boleh saya dapatkan struktur yuran?
Jawapan:
Struktur yuran boleh didapati berdasarkan status pendaftaran pelajar seperti berikut:
- Bagi pelajar baru yang masih belum mendaftar dan belum membuat proses setuju terima tawaran pengajian, struktur yuran boleh dimuat turun dari Laman Utama Pelajar di laman web rasmi Pejabat Bendahari melalui pautan berikut: Struktur Yuran Perdana
- Bagi pelajar yang telah mendaftar dan berstatus aktif, surat pengesahan yuran boleh dijana melalui login iStudent Portal, dengan merujuk panduan berikut:
Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Kutipan Yuran / Bil Pelajar yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3445/ emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kadar yuran.
SOALAN 3 : Bila tarikh akhir bayaran yuran pengajian?
Jawapan:
Tarikh akhir bayaran yuran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:
SOALAN 4 : Adakah saya layak membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP?
Jawapan:
Syarat kelayakan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP, boleh dirujuk melalui pautan berikut:
Syarat Kelayakan Pengeluaran iAkaun KWSP

Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Pengeluaran Pendidikan KWSP yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3401/ emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan pengeluaran KWSP.
SOALAN 5 : Mengapakah permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP saya ditolak?
Jawapan:
Kelulusan permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP adalah berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Di antara punca permohonan ditolak yang kerap berlaku adalah disebabkan oleh maklumat bil (Bagi permohonan pembayaran bil yang belum dibayar) dan maklumat resit (Bagi permohonan pembayaran bil yang telah dibayar) yang tidak tepat.
Sehubungan itu, saudara/saudari perlu perlu berhati-hati ketika mengisi borang permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP.
Panduan permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP, boleh dirujuk melalui pautan berikut:
SOALAN 7 : Bagaimana untuk saya membuat permohonan pembatalan bil yuran kolej?
Jawapan:
Bil yuran kolej kediaman dijana oleh Unit Kolej di sistem eHEP.
Sehubungan itu, saudara / saudari pelajar perlu mengemukakan permohonan pembatalan bil yuran kolej kediaman kepada Unit Kolej masing-masing.
SOALAN 8 : Bagaimana cara untuk saya memohon pemulangan Yuran Pengajian dan Yuran Yuran Lain?
Jawapan:
Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pemulangan yuran, permohonan boleh dibuat dengan mengisi google form melalui link berikut:
Borang Permohonan Pemulangan Yuran
Borang permohonan ini terpakai kepada semua pelajar KECUALI pelajar prasiswazah mod pengajian separuh masa di bawah seliaan iCEPS.
PERHATIAN!
Permohonan TIDAK AKAN DIPROSES sekiranya dokumen sokongan tidak lengkap / maklumat yang diisi tidak tepat.
Sila pastikan MAKLUMAT AKAUN BANK pelajar telah dikemaskini di Student Financial Portal. (Pastikan no. akaun bank adalah MILIK PELAJAR sahaja).

Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Pemulangan Yuran yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3435/ emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan pemulangan yuran.
SOALAN 9 : Saya pelajar Sepenuh Masa Lanjut Tempoh (SML). Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?
Jawapan:


Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:
Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Kutipan Yuran / Bil Pelajar yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3445/ emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kadar yuran.
SOALAN 10 : Saya pelajar Pascasiswazah. Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?
Jawapan:
Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:
Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Kutipan Yuran / Bil Pelajar yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3445/ emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kadar yuran.
SOALAN 11 : Mengapa saya dikenakan tindakan gugur taraf?
Jawapan:

Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:
SOALAN 12 : Bagaimana untuk membuat permohonan penangguhan pembayaran yuran pengajian?
Jawapan:
Permohonan penangguhan pembayaran yuran adalah mengikut peringkat pengajian.
Bagi pelajar prasiswazah (selain dari pelajar iCEPS):
Bagi mengelakkan pelajar dari digugur taraf, pelajar boleh mohon penangguhan bayaran yuran.
Tempoh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan bayaran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:
Borang permohonan penangguhan pembayaran yuran pelajar prasiswazah boleh didapati dari link berikut:
Fees Deferment Online Application Form
Bagi pelajar pascasiswazah:
Sila layari laman Web berikut: edeferment IPSis
Bagi pelajar yang diluluskan permohonan untuk menangguhkan bayaran yuran, sila pastikan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan ini dipatuhi.


Sila hubungi pegawai Unit Kewangan Zon 7 yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan penangguhan bayaran yuran pelajar pascasiswazah.
SOALAN 13 : Saya adalah pelajar tajaan. Bagaimana cara untuk mengemaskini status tajaan dan membuat permohonan penangguhan pembayaran yuran?
Jawapan:
Pelajar tajaan tidak perlu memohon kelulusan bagi penangguhan bayaran (setiap semester sepanjang tempoh tajaan).
Walau bagaimanapun, pelajar perlu mengemaskini status tajaan secara kendiri di MyStudent seperti panduan di bawah :

SOALAN 14 : Saya telah tamat tajaan, bagaimanakah cara saya untuk mengemaskini status tajaan?
Jawapan:
Saudara / saudari pelajar boleh mengemaskini maklumat tajaan secara kendiri di portal MyStudent berdasarkan panduan dalam infografik Panduan Kemaskini Maklumat Tajaan dengan memilih tiada tajaan di seksyen 1 Maklumat Pendapatan.

SOALAN 16 : Bagaimana cara untuk membayar bil pelajar?
Jawapan:

Terdapat 4 mod pembayaran bil yang boleh dipilih:
- Kaunter Cawangan Bank Islam
Sila pastikan nama dan nombor bil dicetak di slip pembayaran bil
- Automated Teller Machine (ATM) Bank Islam
- Pilih Menu > Lain > Pembayaran Bil / Yuran IPT
- Masukkan > No. Kad Pengenalan Pelajar
- Pilih > Bil Anda
- Perbankan internet Bank Islam
- Layari www.bankislam.com.my
- Klik butang "Login How" pada logo bankislam.biz dan tekan "OK".
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki bankislam.biz.
- Pilih "Bill Presentment" pada bahagian "Bill Payment".
- Pilih "Universiti Teknologi MARA" pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
- Klik butang "Next".
- Skrin berikutnya akan menunjukkan senarai bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar.
- Pilih bil yang hendak dibayar. Klik butang "Pay".
- Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
- Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran.
- Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran.
- Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
- Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
- Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah dibuat sebagai rujukan.
- VISA / Mastercard & Kipple Pay
- Mod pembayaran ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang tiada akaun Bank Islam untuk membuat pembayaran secara dalam talian.
- Bagi pelajar yang mempunyai akaun Bank Islam, anda digalakkan untuk membuat pembayaran menggunakan perbankan internet Bank Islam.
- Harap maklum bahawa pembayaran melalui kaedah ini akan mengambil masa antara 2 hingga 7 hari bekerja untuk yuran dikemas kini kepada status "Telah Dibayar".
- Untuk pelajar yang tidak mempunyai akaun Bank Islam, pembayaran boleh dibuat melalui link berikut:
https://fpx.uitm.edu.my/byrnpel/bendahari/DisclaimerNewEdited.asp
Link Pembayaran Yuran Dalam Talian (Selain Bank Islam)
SILA PASTIKAN RESIT RASMI DICETAK DAN DISIMPAN UNTUK TUJUAN SEMAKAN / PENGESAHAN.
SOALAN 18 : Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan maklumat tarikh-tarikh penting berkaitan pembayaran yuran yang perlu saya patuhi sebagai seorang pelajar?
Jawapan:
Tarikh-tarikh penting berkaitan pembayaran yuran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

SOALAN 19 : Boleh saya tahu, peraturan-peraturan yang perlu saya patuhi sebagai seorang pelajar?
Jawapan:
Saudara / saudari pelajar boleh merujuk kepada Peraturan Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut: Peraturan Akademik

SOALAN 20 : Saya pelajar tajaan. Mohon UiTM untuk mengemukakan invois kepada penaja saya.
Jawapan:
Berdasarkan Dasar Pengurusan Pelajar Tajaan, UiTM tidak mengemukakan invois tuntutan kepada penaja kecuali bagi:
1. Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi
2. Tajaan bagi program yang mempunyai perjanjian usahasama di antara Fakulti / PTJ dengan agensi luar.
- Tidak tertakluk kepada program usahasama MARA bagi jumlah yuran pengajian persemester kurang daripada RM 15,000.00.
- Berdasarkan prosedur pembiayaan MARA, pihak MARA akan menyalurkan pembiayaan ke akaun bank milik pelajar sekiranya jumlah yuran pengajian persemester kurang daripada RM 15,000.00.
- Seterusnya, pelajar perlu membuat pembayaran yuran mengikut mod pembayaran yang dibenarkan.
- Sila rujuk soalan lazim no. 16, bagi panduan pembayaran bil pelajar.
3. Tajaan MARA bagi jumlah yuran pengajian persemester lebih daripada RM 15,000.00
- Sila rujuk soalan lazim no. 37, bagi butiran proses pembayaran yuran pengajian pelajar tajaan MARA.
Berikut adalah Dasar Pengurusan Pelajar Tajaan UiTM:
Sila hubungi pegawai Unit Tajaan Tempatan yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3369 / emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan yuran pelajar tajaan.
SOALAN 21 : Semalam saya sudah mengisi borang permohonan pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP. Mengapa bil pengajian saya masih berstatus ‘Belum Dibayar’?
Jawapan:
Bil pelajar akan dikemaskini di FinEPortal pelajar dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima maklumat lengkap bayaran daripada pihak KWSP.
- Pihak kami dimaklumkan oleh pihak KWSP bahawa proses pembayaran KWSP kepada institusi pengajian (UiTM) mengambil masa 7-14 hari bekerja.
- Dalam tempoh itu, sekiranya akaun KWSP pelajar (pencarum KWSP) telah memaparkan transaksi penolakan bayaran, pihak universiti dianggarkan untuk menerima bayaran tersebut dalam tempoh 5 hari kemudian.
Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Pengeluaran Pendidikan KWSP yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3401 / emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan pengeluaran KWSP.
SOALAN 22 : Sekiranya saya menerima separa pembiayaan dari penaja, bagaimanakah cara untuk membuat permohonan pengeluaran KWSP secara manual?
Jawapan:
Pelajar yang menerima separa pembiayaan/tajaan, permohonan boleh dilakukan secara manual setelah permohonan atas talian (online) yang ditolak dengan alasan separa tajaan.
Ahli/pelajar perlu mencetak secara kendiri Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar (SPPP) melalui Portal Pelajar UiTM untuk di bawa ke kaunter cawangan KWSP.
Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar (SPPP) hanya boleh dijana oleh pelajar yang mempunyai separa pembiayaan/tajaan sahaja.
Panduan Penjanaan Secara Kendiri Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar KWSP
SOALAN 23 : Bagaimana saya hendak membuat semakan pembayaran yang telah diproses oleh UiTM kepada saya?
Jawapan:
1. Semakan pembayaran yang diproses secara individu:
- Semakan boleh dibuat melalui login iStudent Portal, klik ‘Student Financial Services’ dan klik menu ‘Info Bayaran’.
2. Semakan pembayaran yang diproses secara bulk:
- Semakan boleh dibuat melalui login iStudent Portal, klik ‘Student Financial Services’ dan klik menu ‘Semakan Bayaran Prihatin Nasional / Refund’.

SOALAN 24 : Saya telah membayar yuran pada pukul 9 pagi (15 saat tadi). Mengapa status bil saya di portal masih berstatus ‘Belum Dibayar’?
Jawapan:
Bayaran akan dikemaskini di lejar pelajar dan boleh disemak dalam tempoh:
- Selewat-lewatnya 2 hari (Kaunter BIMB, ATM, CDM)
- Selewat-lewatnya 2 - 7 hari (VISA / Mastercard Online, BIMB internet banking)
SOALAN 25 : Saya ingin menarik diri dari pengajian. Apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan:
Sekiranya saudara / saudari pelajar:
1. Pelajar baru yang balum mendaftar dan belum membuat proses setuju terima surat tawaran pengajian UiTM (Berstatus 5C), pelajar perlu:
- Memaklumkan kepada Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar melalui emel rasmi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., untuk tujuan pembatalan bil (Sekiranya belum membayar yuran).
atau
- Mengisi Borang Permohonan Pemulangan Yuran melalui link Borang Permohonan Pemulangan Yuran (Sekiranya telah membayar yuran).
2. Pelajar baru yang telah mendaftar dan telah membuat proses setuju terima surat tawaran pengajian UiTM, pelajar perlu mengisi Borang Menarik Diri serta mendapatkan pengesahan daripada semua Jabatan / Unit yang terlibat terlebih dahulu (Seperti yang dinyatakan pada borang tersebut), seterusnya mengemukakan borang tersebut kepada Pejabat Bendahari untuk pengesahan.
- Sekiranya pelajar memohon menarik diri dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran (Surat Tawaran), pelajar layak:
- Diberi pemulangan Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan pada kadar 80% (Sekiranya telah membayar yuran).
atau
- Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan dikemaskini pada kadar 20% serta Yuran Pendaftaran pada kadar penuh. (Sekiranya belum membayar yuran).
Panduan Bayaran Yuran Pengajian Menarik Diri (Pelajar Baharu)
- Sekiranya pelajar memohon menarik diri selepas tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran (Surat Tawaran), pelajar tidak layak mendapat pengurangan yuran pada kadar Menarik Diri.
3. Pelajar lama yang telah mendaftar, pelajar perlu mengisi Borang Menarik Diri serta mendapatkan pengesahan daripada semua Jabatan / Unit yang terlibat terlebih dahulu (Seperti yang dinyatakan pada borang tersebut), seterusnya mengemukakan borang tersebut kepada Pejabat Bendahari untuk pengesahan.
- Sekiranya pelajar memohon menarik diri dalam tempoh 30 hari dari tarikh kuliah bermula bagi sesi menarik diri, pelajar layak:
- Diberi pemulangan Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan pada kadar 80% (Sekiranya telah membayar yuran).
atau
- Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan dikemaskini pada kadar 20%. (Sekiranya belum membayar yuran).
Panduan Bayaran Yuran Pengajian Menarik Diri (Pelajar Lama)
- Sekiranya pelajar memohon menarik diri selepas tempoh 30 hari dari tarikh kuliah bermula bagi sesi menarik diri, pelajar tidak layak mendapat pengurangan yuran pada kadar Menarik Diri.
4. Pelajar lama yang belum mendaftar, pelajar perlu mengisi Borang Menarik Diri serta mendapatkan pengesahan daripada semua Jabatan / Unit yang terlibat terlebih dahulu (Seperti yang dinyatakan pada borang tersebut), seterusnya mengemukakan borang tersebut kepada Pejabat Bendahari untuk pengesahan.
- Sekiranya pihak fakulti mengesahkan bahawa pelajar tidak mendaftar dan tidak menjalani sesi kuliah pada semester pelajar memohon menarik diri, pelajar layak:
- Diberi pemulangan 100% yuran (Sekiranya telah membayar yuran).
atau
- Pembatalan bil (Sekiranya belum membayar yuran).
Borang Menarik Diri boleh didapati daripada Pegawai Akademik di fakulti masing-masing. Pegawai Akademik
SOALAN 26 : Saya mengalami masalah kewangan. Saya tidak mampu untuk membayar yuran. Apa yang patut saya lakukan?
Jawapan:
1. UNIT PENGURUSAN KEBAJIKAN PELAJAR
Bagi pelajar Kampus Shah Alam yang mengalami masalah kewangan, pelajar boleh menghubungi pegawai di Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar melalui link berikut. Manakala bagi pelajar selain Kampus Shah Alam, perlu merujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) di kampus masing-masing:
Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar

2. BANTUAN ZAKAT PELAJAR
Permohonan bantuan zakat pelajar boleh dibuat melalui link berikut: Permohonan ZAWAF (Sila pastikan tarikh permohonan dipatuhi).
3. BANTUAN KEWANGAN PELAJAR PASCASISWAZAH
Berikut adalah senarai bantuan kewangan bagi pelajar pascasiswazah: Scholarships and Financial Assistance For Postgraduate Students

3(a) UiTM Postgraduate Assistance (UPTA) Click here

3(b) Conference Support Fund (CSF) Click here

3(c) Journal Support Fund (JSF) Click here

4. LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Panduan permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS):



