JAWATANKUASA MELIBATKAN PERTALIAN HUBUNGAN PELAPORAN JABATAN BENDAHARI DI ANTARA LEMBAGA, GOVERNAN, KEPIMPINAN KANAN DAN JABATAN INDUK
| BIL | JAWATANKUASA | PERANAN | KEANGGOTAAN |
| 1 |
Lembaga Perolehan Universiti |
Mempertimbang dan menyetujui terima tender bernilai melebihi RM500 ribu hingga RM100 juta atau mengikut had yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan. |
Bendahari sebagai |
| 2 |
Jawatankuasa Pelaburan Universiti |
Menilai dan mengesyorkan cadangan pelaburan yang memberi pulangan terbaik kepada Universiti. |
Bendahari sebagai Ahli |
| 3 |
Jawatankuasa Pemungut Hutang |
Menguruskan pelaksanaan proses pengurusan kutipan hasil tertunggak Universiti berdasarkan polisi UiTM. |
Bendahari sebagai Pengerusi |
| 4 |
Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) |
Membuat penetapan dasar kewangan dan perakaunan Universiti meliputi polisi perakaunan, pengiktirafan dan pengagihan hasil, penetapan kenaan kadar, mempertimbangkan hapus kira, memperakukan surcaj, penubuhan dan pengurusan Akaun Amanah dan seumpamanya. |
Bendahari sebagai |
| 5 |
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun UiTM (JPKA) |
Mengawasi, memantau dan menyelia urusan kewangan supaya berjalan lancar dan menepati peraturan yang ditetapkan. |
Bendahari sebagai Ahli |
| 6 |
Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan UiTM (JPAKU) |
Memantau, mengawasi dan menyelia semua aspek pengurusan aset alih Universiti meliputi kedudukan semasa aset alih, laporan tindakan pelupusan, laporan kehilangan dan program yang berkaitan dengan pengurusan aset alih (gerak kerja pemeriksaan, verifikasi, latihan / kursus / taklimat peringkat PTJ / Kampus Negeri) |
Bendahari sebagai Ahli |
| 7 |
Jawatankuasa Pemeriksaan Bajet Universiti |
Menyemak, memeriksa dan memuktamad permohonan Bajet Mengurus Universiti. |
Bendahari sebagai Ahli |
| 8 |
Jawatankuasa Sebut Harga Rasmi |
Jawatankuasa Sebut Harga Rasmi UiTM mempertimbang dan menyetujui terima sebut harga bagi perolehan bekalan dAN perkhidmatan bagi amaun melebihi RM50,000 hingga RM500,000 dan perolehan kerja bagi amaun melebihi RM20,000 hingga RM500,000 sahaja atau mengikut had yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan. |
Kampus Shah Alam Kampus Cawangan |
| 9 |
Jawatankuasa Penilaian Harga |
Menilai harga dan kewangan petender / penyebutharga rasmi agar harga dan kualiti perolehan adalah yang terbaik. |
Pegawai Jabatan Bendahari sebagai Ahli |
| 10 |
Jawatankuasa Rundingan Harga |
Berunding dengan pembekal bagi mendapatkan tawaran harga yang terbaik bersesuaian dengan perolehan. |
Pegawai Jabatan Bendahari sebagai Ahli |
| 11 |
Jawatankuasa Penilaian Teknikal |
Membuat penilaian teknikal permohonan mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti ICT/ Alat Pandang Dengar/ Peralatan Elektronik Pejabat/ Peralatan Tekelomunikasi |
Timbalan Bendahari Kanan sebagai Pengerusi |
| 12 |
Jawatankuasa Pembuka Tender dan Sebut Harga |
Jawatankuasa Pembukaan Tender / Sebut Harga UiTM adalah bertanggungjawab membuka peti / tawaran Tender / Sebut Harga pada tarikh dan waktu ditetapkan dengan merekod pada borang Jadual Pembukaan Sebut Harga Rasmi / Tender berdasarkan senarai tugas yang ditetapkan |
Pegawai Jabatan Bendahari bergred 5 sehingga 10 sebagai Ahli |
| 13 |
Jawatankuasa Pelupusan Aset Alih UiTM |
Meneliti dan mengesahkan hasil pemeriksaan berserta syor kaedah pelupusan yang sesuai sepertimana yang telah dibentangkan oleh Pegawai Pemeriksa Pelupusan dalam Laporan Teknikal Pelupusan Aset Alih KEW.PA.UiTM-16 |
Bendahari sebagai Ahli |
| 14 |
Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan Aset Alih UiTM (jika kes kehilangan berlaku di Jabatan Bendahari) |
Menjalankan siasatan dengan mendapatkan maklumat mengenai kes kehilangan tersebut daripada mana-mana pegawai yang berkenaan | Bendahari sebagai Pengerusi |
| 15 |
Jawatankuasa Pemilik Risiko Jabatan Bendahari |
Memastikan pelaksanaan rangka kerja pengurusan risiko berjalan lancar untuk mengurangkan impak risiko dan menyediakan pelan mitigasi serta langkah strategik pengurusan risiko yang boleh menghalang pencapaian objektif Jabatan Bendahari. |
Bendahari sebagai Pengerusi |
| 16 |
Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf Jabatan Bendahari |
Mengenalpasti, merancang serta menyelaras program latihan dan kesedaran kepada warga Jabatan Bendahari seluruh sistem UiTM. |
Bendahari sebagai Pengerusi |
| 17 |
Mesyuarat Pengurusan Kewangan Universiti |
Mengkaji semula inisiatif-inisiatif yang dirancang dan telah dilaksanakan agar mencapai objektif yang ditetapkan. |
Bendahari sebagai Pengerusi |
| 18 |
Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP) |
Memantau dan melapor segala aktiviti utama di PBend |
Bendahari sebagai Pengerusi |
| 19 |
Jawatankuasa Bantuan Memiliki Kenderaan dan Komputer |
Menilai dan mengesahkan permohonan pinjaman kenderaan dan komputer untuk staf UiTM serta perkara-perkara berkaitan pengurusan pinjaman |
Bendahari sebagai Pengerusi |
| 20 |
Steering Committee Sistem FINeProcurementPLUS |
Menganalisa keperluan penambahbaikan dan pembangunan Sistem FINeProcurementPLUS |
Timbalan Bendahari |















