Mohon | Alumni | Sumbangan | Pelajar | Staf | Pembekal

      UiTM FinEPortal

      • LAMAN UTAMA
      • KORPORAT
        • INFO KORPORAT
          • Visi dan Misi UiTM
          • Falsafah dan Objektif UiTM
          • Piagam Pelanggan Jabatan Bendahari
          • Carta Struktur Organisasi
          • Carta Struktur Fungsi
        • INFO KUALITI JABATAN BENDAHARI
          • Dasar Kualiti
          • Objektif Kualiti
          • Aktiviti Teras
          • Fungsi Utama
          • Manual Kualiti
          • Pensijilan ISO
          • Pencapaian
      • ORGANISASI
        • Bendahari UiTM
        • Pengurusan Kanan Jabatan Bendahari
        • Bahagian Jabatan Bendahari
        • Unit Kewangan Zon - UKZ
        • Negeri / Kampus
        • Jawatankuasa Jabatan Bendahari
      • PERKHIDMATAN
        • FINePortal
        • FINeProcurementPLUS
        • FINePay
        • FINeStudent
          • Akses Staf
          • Akses Agensi Luar
          • Akses Pelajar
        • eClaim Pemandu
        • e-Sumber
        • eAduan UiTM
        • Muat Turun
      • KALENDAR
      • DIREKTORI
      SHAHRUL AFZAR BIN LAILI
      Laman Utama
      21 May 2026
      Hits: 1392

      LIBAT URUS PENAMBAHBAIKAN DASAR BAHARU PEROLEHAN BERSAMA PENGURUSAN KANAN JABATAN BENDAHARI UiTM

      • Print
      15 - 17 Mei 2026 - Telah berlangsung Program Libat Urus Penambahbaikan Dasar Perolehan Baharu UiTM bersama Pengurusan Kanan Jabatan Bendahari UiTM bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Program anjuran Bahagian Perolehan dan Aset, Jabatan Bendahari UiTM ini telah dihadiri oleh Bendahari UiTM, Cik Junita Jamaludin dan Pengurusan Kanan Jabatan Bendahari UiTM serta beberapa wakil kewangan bahagian dan kampus.

      Libat urus penambahbaikan dasar ini merupakan langkah strategik dalam memantapkan lagi polisi dan tadbir urus perolehan universiti agar selari dengan peraturan semasa. Ini adalah bagi memastikan setiap pengurusan perolehan dilaksanakan dengan tepat tanpa mengenepikan elemen integriti dan ketelusan. Libat urus ini juga merupakan sinambungan dari sesi Libat Urus yang telah diadakan pada 28 - 30 Januari 2026 yang lalu bersama penglibatan wakil dari Kementerian Pendidkan Tinggi (KPT). Usai dari maklum balas dan dapatan dari sesi libat urus tersebut serta pertanyaan susulan, sesi kali ini adalah bagi membincangkan dan mendapatkan maklum balas dari pengurusan kanan serta wakil-wakil kewangan kampus dan bahagian berkaitan cadangan kemaskini pelaksanaan pengurusan perolehan yang akan ditambahbaik. Ini adalah bagi memastikan pemakaian dan pelaksanaan yang dicadangkan mampu berjalan dan sesuai dengan lancar di setiap Pusat Tanggungjawab seluruh sistem UiTM.

      Semoga hasil daripada libat urus ini memacu UiTM ke arah pengurusan perolehan yang lebih dinamik, telus, dan berintegriti tinggi! Ayuh!
       
      Penulis : Mohd Fairol Ismangil 
                   Bahagian Perolehan dan Aset
       

       

      SHAHRUL AFZAR BIN LAILI
      Laman Utama
      09 March 2026
      Hits: 1492

      Kunjungan Rasmi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

      • Print

       

      Bagi menyokong integriti dan amalan persaingan sihat dalam ekosistem perolehan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang diketuai oleh Tuan Alfred Anak Bajok telah mengadakan satu kunjungan rasmi ke Bahagian Perolehan & Aset, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 03 Mac 2026.

      Pertemuan ini bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi serta menjadi platform penting untuk perkongsian ilmu dan bertukar pandangan mengenai integriti pasaran dan amalan perolehan terbaik.

      Penulis : Jubina Binti Ramli C.A(M)

       

       

       

      MOHD RAFIDI BIN MOHD SAMAN
      Laman Utama
      13 February 2026
      Hits: 1338

      Jabatan Bendahari UiTM Lancar Piagam Pelanggan Baharu

      • Print

       

       

       

      UiTM BANDAR ENSTEK, 3 Februari 2026 – Jabatan Bendahari Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini melancarkan Piagam Pelanggan baharu dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM Bandar Enstek. Peluncuran ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Bendahari dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kewangan yang cekap, telus dan berintegriti.

      Majlis peluncuran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Cik Junita binti Jamaludin C.A. (M), ACMA, CGMA, Bendahari UiTM, sejurus selepas berlangsungnya Majlis Perutusan Amanat Bendahari 2026 yang menghimpunkan barisan pengurusan serta warga Jabatan Bendahari dari seluruh sistem UiTM secara hibrid.

      Piagam Pelanggan yang dilancarkan ini bukan sekadar satu dokumen komitmen, malah menjadi panduan penting dalam membudayakan penyampaian perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan. “Piagam Pelanggan ini merupakan janji Jabatan Bendahari kepada warga universiti dan pihak berkepentingan bahawa setiap urusan kewangan akan dilaksanakan secara profesional, amanah dan berintegriti,” katanya.

      Beliau berkata, kejelasan standard perkhidmatan yang digariskan dalam piagam tersebut akan membantu meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh keyakinan pelanggan terhadap sistem pengurusan kewangan UiTM. “Melalui piagam ini, kita menetapkan jangkaan perkhidmatan yang jelas agar setiap proses kewangan dapat disampaikan dengan lebih cekap, konsisten dan bertanggungjawab,” tambah beliau.

      Piagam Pelanggan yang dilancarkan ini bukan sekadar satu dokumen komitmen, malah menjadi panduan penting dalam membudayakan penyampaian perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan. “Piagam Pelanggan ini merupakan janji Jabatan Bendahari kepada warga universiti dan pihak berkepentingan bahawa setiap urusan kewangan akan dilaksanakan secara profesional, amanah dan berintegriti,” katanya. 

       

      Beliau berkata, kejelasan standard perkhidmatan yang digariskan dalam piagam tersebut akan membantu meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh keyakinan pelanggan terhadap sistem pengurusan kewangan UiTM. “Melalui piagam ini, kita menetapkan jangkaan perkhidmatan yang jelas agar setiap proses kewangan dapat disampaikan dengan lebih cekap, konsisten dan bertanggungjawab,” tambah beliau.

      Piagam Pelanggan baharu ini merangkumi komitmen terhadap ketepatan masa penyampaian perkhidmatan, pematuhan kepada peraturan dan tatacara kewangan, kejelasan proses kerja serta pengurusan aduan dan maklum balas pelanggan secara sistematik. Inisiatif ini sejajar dengan usaha universiti untuk memperkukuh amalan tadbir urus yang baik dan memastikan kemampanan kewangan jangka panjang.

      Dalam pada itu, Cik Junita turut menekankan kepentingan peranan warga Jabatan Bendahari dalam menjayakan pelaksanaan Piagam Pelanggan ini. “Keberkesanan Piagam Pelanggan tidak hanya terletak pada dokumennya, tetapi bergantung kepada komitmen dan integriti setiap warga Jabatan Bendahari dalam melaksanakan tanggungjawab harian mereka,” katanya.

      Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Bendahari dan pegawai kewangan UiTM. Kehadiran  ini mencerminkan sokongan padu terhadap inisiatif tersebut serta komitmen bersama dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kewangan universiti.

      Peluncuran Piagam Pelanggan ini juga diharap dapat berfungsi sebagai mekanisme pemantauan prestasi perkhidmatan serta rujukan utama dalam pengurusan aduan dan penilaian kepuasan pelanggan. Langkah ini dilihat mampu memperkukuh imej Jabatan Bendahari sebagai rakan strategik yang diyakini dalam menyokong agenda pembangunan dan kecemerlangan UiTM.

      Klik pautan ini untuk Piagam Pelanggan Baru : https://tinyurl.com/32xpu79x

      Penulis : NOOR SHAREENA BINTI AMAN C.A. (M)

       

      SHAHRUL AFZAR BIN LAILI
      Laman Utama
      09 March 2026
      Hits: 1481

      PROGRAM LIBAT URUS SEMAKAN DASAR PEROLEHAN UiTM BERSAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)

      • Print

      Pada 28 hingga 30 Januari 2026, telah berlangsung Program Libat Urus Semakan Dasar Perolehan UiTM bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Program anjuran Bahagian Perolehan dan Aset, Jabatan Bendahari UiTM ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ramzi bin Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

      Libat urus semakan dasar ini dipandu oleh Encik Edzwan Razak bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Seksyen Perolehan, Bahagian Kewangan KPT. Program ini merupakan langkah strategik dalam memantapkan lagi polisi dan tadbir urus perolehan universiti agar selari dengan peraturan semasa dan apa yang menarik, ia melibatkan sinergi kepakaran daripada pelbagai sektor yang terdiri dari pegawai kewangan, jurutera, juru ukur bahan dan pegawai digital.

      Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
      1. Naib Canselor UiTM - Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc
      2. Bendahari UiTM, Cik Junita binti Jamaludin, C.A (M), CIMA, CGMA

      Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas bimbingan dan kerjasama erat dalam semakan dasar ini dan Jawatankuasa program serta peserta daripada Jabatan Bendahari, Jabatan Digital dan Pejabat Pembangunan yang telah memberikan komitmen tidak berbelah bahagi sepanjang tiga hari program berlangsung.

      Semoga hasil daripada libat urus ini memacu UiTM ke arah pengurusan perolehan yang lebih dinamik, telus, dan berintegriti tinggi!

      Penulis : Jubina binti Ramli C.A(M)

       

       

       

       

       

       

       

       

       

      MOHD RAFIDI BIN MOHD SAMAN
      Laman Utama
      05 March 2026
      Hits: 1784

      AMANAT BENDAHARI 2026

      • Print

       

       

      3 Februari 2026 , ILD UiTM Bandar Enstek - Jabatan Bendahari UiTM terus memperkukuh tadbir urus dan pengurusan kewangan universiti menerusi penganjuran Amanat Bendahari 2026 yang berlangsung pada 3 Februari 2026, jam 3.30 petang, secara hibrid di Auditorium Perdana, Institut Latihan & Pembangunan (ILD) UiTM Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, serta secara dalam talian.

      Majlis  ini telah dihadiri secara fizikal oleh pegawai-pegawai Jabatan Bendahari dari seluruh kampus, serta wakil staf dari Bahagian Kewangan  UiTM Cawangan Negeri Sembilan (Kampus Kuala Pilah dan Rembau) dan UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil.

      Mengangkat tema “Amanah Teras Kepimpinan Kewangan”, amanat ini menjadi landasan strategik dalam memperkukuh integriti, kecekapan serta keberkesanan pengurusan kewangan universiti. Penekanan amanat dizahirkan melalui tiga fokus strategik utama bagi memastikan kelestarian kewangan UiTM.

      Fokus Pertama: Kemampanan Kewangan Universiti menekankan pelaksanaan Fasa Pemulihan Pelan Kewangan UiTM, pengukuhan governan penjanaan pendapatan serta peluasan digitalisasi dalam pengurusan kewangan bagi memastikan kelestarian dan daya tahan kewangan universiti dalam jangka panjang.

      Fokus Kedua: Governan dan Kepimpinan memberi penumpuan kepada usaha melahirkan pemimpin unggul, memantapkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan ketampakan (visibility) Jabatan Bendahari sebagai peneraju pengurusan kewangan yang berwibawa dan diyakini.

      Fokus Ketiga: Kecemerlangan Modal Insan pula memfokuskan kepada pengukuhan pembudayaan integriti, peningkatan kompetensi warga serta penambahbaikan kesejahteraan warga sebagai pemangkin kepada prestasi organisasi yang cemerlang dan mampan.

      Secara keseluruhannya, Amanat Bendahari 2026 menjadi platform penting dalam menyatukan hala tuju secara strategik, memperkukuh komitmen serta menyemarakkan semangat kebersamaan warga Jabatan Bendahari dan UiTM dalam mendepani cabaran Pengurusan Kewangan Universiti secara amanah, integriti, strategik dan berimpak tinggi.

      Penulis : NUR FARHANA BINTI ABD KARIM C.A. (M)

       

      Klik SINI Untuk Maklumat Selanjutnya  

       

       

       

       

      1. KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UiTM SHAH ALAM SESI 2025/2026 KE JABATAN BENDAHARI UiTM SHAH ALAM
      2. Lawatan Penanda Aras ke CiRNeT UPM Perkukuh Kerjasama Strategik
      3. Jabatan Bendahari UiTM Rangkul Anugerah Pembentangan Terbaik dan Naib Juara Jabatan/Bahagian Sempena Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2025
      4. Pembentangan Akhir AKNC 2025 - Jabatan Bendahari mara sebagai finalis Anugerah Kualiti Naib Canselor 2025

      Pengunjung Dalam Talian

      We have 675 guests and no members online

      INFO PANTAS

      FINePay
      Info Bayaran - Staf
      Info Bayaran - Pembekal
      Info Bayaran - Pelajar
      Muat Turun

      STAF - Bantuan dan Soalan Lazim
      PELAJAR - Bantuan dan Soalan Lazim
      PEMBEKAL - Bantuan dan Soalan Lazim

      CADANGAN / MAKLUMBALAS

      Bank Idea Jabatan Bendahari

       

       

      CAPAIAN LAZIM

      STAF

      Senarai Perabot Untuk Diguna Semula Oleh Pusat Tanggungjawab
      Jadual Bayaran Gaji, Tuntutan dan Elaun
      ePekeliling Pejabat Bendahari
      FINePay : Platform UiTM Payment Gateway Untuk Membantu Mereka Yang Memerlukan. #kitabantukita

      PELAJAR

      Peringatan : Gugur Taraf (GT) Pelajar
      Struktur Yuran PERDANA

      PEMBEKAL

      Pendaftaran Vendor UiTM
      Iklan Tawaran Perolehan UiTM
      Iklan Tawaran Perolehan Agensi Luar
      Kenali FINeProcurementPLUS UiTM
      Prasarana Kekunci Awam / Public Key Infrastructure (PKI)

       

      QUICK LINKS

      UiTM Official Website
      Academic Calendar
      Intake Calendar
      Graduate Quick Search
      Library
      News
      UiTM Holdings
      Hotel UiTM
      UiTM FC
      e-Complaint
      FAQ
      Site Map
      Work With Us
      JobShop

      KAJIAN SOAL SELIDIK JABATAN BENDAHARI

      Pembekal/ Kontraktor UiTM
      Pelajar UiTM 
      Staf UiTM
      Pelawat UiTM 

      HUBUNGI KAMI

      PEJABAT BENDAHARI
      Aras 3, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
      Universiti Teknologi MARA,
      40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
      units.uitm.edu.my

      Tel:

      Pelajar +603 - 5544 3435
      Pembekal +603 - 5544 3399
      Staf +603 - 544 3310

             
       

       

       

       

      COPYRIGHT © 2020 TREASURER OFFICE, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

      Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy

      • LAMAN UTAMA
      • KORPORAT
        • INFO KORPORAT
          • Visi dan Misi UiTM
          • Falsafah dan Objektif UiTM
          • Piagam Pelanggan Jabatan Bendahari
          • Carta Struktur Organisasi
          • Carta Struktur Fungsi
        • INFO KUALITI JABATAN BENDAHARI
          • Dasar Kualiti
          • Objektif Kualiti
          • Aktiviti Teras
          • Fungsi Utama
          • Manual Kualiti
          • Pensijilan ISO
          • Pencapaian
      • ORGANISASI
        • Bendahari UiTM
        • Pengurusan Kanan Jabatan Bendahari
        • Bahagian Jabatan Bendahari
        • Unit Kewangan Zon - UKZ
        • Negeri / Kampus
        • Jawatankuasa Jabatan Bendahari
      • PERKHIDMATAN
        • FINePortal
        • FINeProcurementPLUS
        • FINePay
        • FINeStudent
          • Akses Staf
          • Akses Agensi Luar
          • Akses Pelajar
        • eClaim Pemandu
        • e-Sumber
        • eAduan UiTM
        • Muat Turun
      • KALENDAR
      • DIREKTORI