|
Majlis Apresiasi Endowmen UiTM 2026 bertempat di Hotel UiTM, Shah Alam, anjuran Unit Endowmen, Jabatan Bendahari UiTM.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Penganjuran majlis ini bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para penyumbang serta rakan strategik yang telah memberikan sumbangan dan sokongan berterusan dalam memperkasakan dana Endowmen UiTM.
Majlis turut menyaksikan pelancaran identiti visual dan tagline baharu Endowmen UiTM, “Memperkasa Pendidikan, Mencorak Masa Depan”, sebagai usaha memperkukuh imej dan keterlihatan Endowmen UiTM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, rakan strategik serta pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Penulis : Puan Noor Hidayah Rugani
|

