|
BENGKEL DOKUMENTASI KECEMERLANGAN OPERASI (OE) JABATAN BENDAHARI UiTM 2026
Jabatan Bendahari UiTM telah menganjurkan Bengkel Dokumentasi Kecemerlangan Operasi (OE) 2026 pada 8 hingga 9 Oktober 2026 bertempat di Dewan Seminar Kolej Melati, UiTM Shah Alam.
Bengkel anjuran Jawatankuasa Induk OE ini bertujuan memperkukuh kualiti dokumentasi inisiatif OE melalui perkongsian ilmu, bimbingan dan penambahbaikan berterusan. Sesi ini turut menampilkan Encik Darus bin Kasim, Pembimbing KIK & OE, sebagai panel jemputan.
Majlis penutup turut diserikan dengan kehadiran Bendahari UiTM, Cik Junita binti Jamaludin, C.A. (M), ACMA, CGMA, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya kecemerlangan operasi.
Semoga inisiatif ini terus memupuk budaya kerja yang inovatif, sistematik dan berorientasikan penambahbaikan berterusan demi kecemerlangan serta kemampanan kewangan Jabatan Bendahari UiTM.
Penulis: Puan Nur Faizahton Binti Fisal C.A (M)
|

