BENGKEL PEMANTAPAN TADBIR URUS PEROLEHAN UiTM

BENGKEL PEMANTAPAN TADBIR URUS PEROLEHAN UiTM

Bahagian Perolehan & Aset, Jabatan Bendahari telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Tadbir Urus Perolehan UiTM pada 5 hingga 7 Oktober 2026 bertempat di ILB Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dan kompetensi pegawai kewangan dalam aspek tadbir urus pengurusan perolehan UiTM. Bengkel telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) merangkap Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Turut berkongsi ilmu ialah Penolong Pesuruhjaya Tuan Azuan Azhar daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyampaikan perkongsian berkaitan integriti dan pencegahan rasuah dalam perolehan. Semoga perkongsian yang diperoleh dapat terus dipraktikkan dalam pelaksanaan tugas demi memperkukuh tadbir urus perolehan UiTM yang berintegriti dan berakauntabiliti.

 

Penulis : Puan Jubina Binti Ramli, C.A. (M)


 

 

 

Klik SINI untuk Baca Selanjutnya