Kunjungan Rasmi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

 

Bagi menyokong integriti dan amalan persaingan sihat dalam ekosistem perolehan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang diketuai oleh Tuan Alfred Anak Bajok telah mengadakan satu kunjungan rasmi ke Bahagian Perolehan & Aset, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 03 Mac 2026.

Pertemuan ini bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi serta menjadi platform penting untuk perkongsian ilmu dan bertukar pandangan mengenai integriti pasaran dan amalan perolehan terbaik.

Penulis : Jubina Binti Ramli C.A(M)