PROGRAM LIBAT URUS SEMAKAN DASAR PEROLEHAN UiTM BERSAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)

Pada 28 hingga 30 Januari 2026, telah berlangsung Program Libat Urus Semakan Dasar Perolehan UiTM bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Program anjuran Bahagian Perolehan dan Aset, Jabatan Bendahari UiTM ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ramzi bin Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Libat urus semakan dasar ini dipandu oleh Encik Edzwan Razak bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Seksyen Perolehan, Bahagian Kewangan KPT. Program ini merupakan langkah strategik dalam memantapkan lagi polisi dan tadbir urus perolehan universiti agar selari dengan peraturan semasa dan apa yang menarik, ia melibatkan sinergi kepakaran daripada pelbagai sektor yang terdiri dari pegawai kewangan, jurutera, juru ukur bahan dan pegawai digital.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
1. Naib Canselor UiTM - Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc
2. Bendahari UiTM, Cik Junita binti Jamaludin, C.A (M), CIMA, CGMA

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas bimbingan dan kerjasama erat dalam semakan dasar ini dan Jawatankuasa program serta peserta daripada Jabatan Bendahari, Jabatan Digital dan Pejabat Pembangunan yang telah memberikan komitmen tidak berbelah bahagi sepanjang tiga hari program berlangsung.

Semoga hasil daripada libat urus ini memacu UiTM ke arah pengurusan perolehan yang lebih dinamik, telus, dan berintegriti tinggi!

Penulis : Jubina binti Ramli C.A(M)