FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
PENGURUSAN AKAUN AMANAH
KUMPULAN WANG AMANAH
- Menguatkuasa dan memantau pengurusan akaun amanah.
- Memastikan tatacara pengurusan akaun amanah sentiasa dipatuhi.
- Memastikan proses house keeping akaun-akaun amanah dilaksanakan oleh Jabatan / Unit Kewangan Zon dan Pejabat Bendahari Kampus Cawangan.
- Menguruskan pembayaran kepada pembekal, pelajar, staf dan pihak ketiga bagi akaun-akaun amanah di bawah kawalan termasuk pemulangan cagaran, bayaran emolument staf kontrak dan staf sambilan, bayaran syarahan sambilan, tuntutan lebih masa dan sebagainya bagi Shah Alam.
- Membuat terimaan bagi sumbangan, derma, zakat, sedekah, wakaf, denda, pelarasan pendahuluan dan lain-lain bayaran.
- Menyediakan Daftar / Jadual bagi kod akaun 30000, 50000,70000, 80000 dan 90000.
- Memantau dan membuat susulan bagi transaksi pendahuluan & pelarasan, akruan, interfund, interco, interbranch, cagaran, hasil tertunggak dan harta.
- Membantu PTJ di dalam proses perolehan melalui FINeProcurementPLUS.
- Menguruskan hal-hal pengurusan harta termasuk perekodan, penyediaan Kad Daftar Harta/ Inventori, verifikasi, pelupusan, kehilangan dan hapuskira bagi PTJ dan akaun-akaun amanah di bawah kawalan.
- Membuat pelaburan simpanan tetap baru dan pelaburan semula (rollover) bagi simpanan tetap yang telah matang.
- Menyelaras penghantaran dokumen-dokumen kewangan yang diterima dari Unit Kewangan Zon/ Jabatan sebelum dihantar kepada pihak audit.
- Menyediakan laporan-laporan kewangan termasuk Laporan Hasil dan Belanja bagi akaun-akaun amanah di bawah kawalan.
- Menguruskan hal ehwal kewangan Hotel UiTM termasuk bayaran, terimaan, perolehan dan harta benda.
KUMPULAN WANG ENDOWMEN
- Menguruskan pembayaran kepada pemegang biasiswa.
- Menguruskan proses house keeping akaun-akaun endowmen.
- Membuat terimaan bagi sumbangan endowmen.
- Menyediakan Daftar / Jadual kod akaun 50000, 80000 dan 90000.
- Membuat pelaburan simpanan tetap baru dan pelaburan semula (rollover)bagi simpanan tetap yang telah matang.
- Menyediakan laporan-laporan kewangan termasuk Laporan Hasil dan Belanja bagi akaun-akaun endowmen.