- MOHD RAFIDI BIN MOHD SAMAN
- Staff
- Hits: 557
PERINGATAN : VERIFIKASI ASET UiTM 2026

|
Shah Alam, 5 Ogos 2026 – Jabatan Bendahari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ingin mengingatkan seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ), pemegang aset, pegawai aset serta semua warga UiTM agar melaksanakan Verifikasi Aset Tahun 2026 dan memastikan proses tersebut disempurnakan sebelum 30 Oktober 2026. Sehubungan itu, semua PTJ diminta memberikan kerjasama sepenuhnya dengan:
Kegagalan melaksanakan verifikasi dalam tempoh yang ditetapkan boleh menjejaskan ketepatan rekod aset universiti, proses penyediaan laporan pengurusan aset serta penilaian terhadap pematuhan tadbir urus kewangan dan pengurusan aset UiTM. Jabatan Bendahari menyeru semua Ketua PTJ, Pegawai Aset dan warga UiTM agar memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan pelaksanaan Verifikasi Aset Tahun 2026. Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan pengurusan aset UiTM sentiasa cekap, telus dan berintegriti selaras dengan aspirasi kecemerlangan tadbir urus universiti. Sila klik SINI untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung tatacara/ taklimat verifikasi aset. |
![]() |


































