PERINGATAN : VERIFIKASI ASET UiTM 2026

 

Shah Alam, 5 Ogos 2026 – Jabatan Bendahari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ingin mengingatkan seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ), pemegang aset, pegawai aset serta semua warga UiTM agar melaksanakan Verifikasi Aset Tahun 2026 dan memastikan proses tersebut disempurnakan sebelum 30 Oktober 2026.

Sehubungan itu, semua PTJ diminta memberikan kerjasama sepenuhnya dengan:

  • Melaksanakan pemeriksaan fizikal terhadap semua aset di bawah tanggungjawab anda.
  • Mengemaskini maklumat aset sekiranya terdapat perubahan lokasi, pegawai penempatan atau status aset terkini di FINePortal.
  • Mengenal pasti aset yang hilang, rosak, tidak ekonomik untuk dibaiki atau memerlukan tindakan pelupusan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Melanjutkan tindakan pelupusan dan kehilangan untuk aset yang dikategorikan untuk pelupusan dan didapati hilang.

Kegagalan melaksanakan verifikasi dalam tempoh yang ditetapkan boleh menjejaskan ketepatan rekod aset universiti, proses penyediaan laporan pengurusan aset serta penilaian terhadap pematuhan tadbir urus kewangan dan pengurusan aset UiTM.

Jabatan Bendahari menyeru semua Ketua PTJ, Pegawai Aset dan warga UiTM agar memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan pelaksanaan Verifikasi Aset Tahun 2026. Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan pengurusan aset UiTM sentiasa cekap, telus dan berintegriti selaras dengan aspirasi kecemerlangan tadbir urus universiti.

Sila klik SINI untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung tatacara/ taklimat verifikasi aset.