SIJIL PEMATUHAN SAGA
Pematuhan Kepada Kriteria 'Standard Accounting System' Untuk Agensi Kerajaan
Pada tahun 1996 Kerajaan Malaysia telah memutuskan satu pakej perakaunan yang terdapat di pasaran diubah suai menjadi pakej perakaunan standard bagi kegunaan Badan Berkanun Persekutuan. Kerjasama antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Jabatan Audit Negara dan pakar runding yang dilantik oleh Kerajaan, telah menghasilkan satu pakej perakaunan berkomputer yang dinamakan SAGA. Pakej ini membolehkan agensi Kerajaan menyediakan penyata kewangan dengan lebih cepat, tepat dan kemas kini.
Kriteria SAGA Compliance
Kriteria Fungsi
- Akaun boleh ditutup setiap hari.
- Struktur Carta Akaun yang fleksibel.
- Penyata kewangan mematuhi keperluan Malaysian Accounting Standards Board (MASB).
- Sistem menyokong akaun akruan dan berupaya mengeluarkan laporan dalam format asas akruan dan asas tunai.
- Modul yang berintegrasi dan bercirikan single-point data entry.
- Sistem mempunyai kemudahan menjana laporan yang diperlukan oleh Kerajaan dan pengurusan.
- Penyata bank boleh dimuat naik bagi tujuan penyesuaian bank.
- Data boleh diekstrak bagi tujuan pengauditan.
- Proses kelulusan dan carian secara atas talian (online) boleh dilakukan mengikut keperluan agensi.
- Data boleh disimpan untuk tempoh minimum dua (2) tahun.
- Sistem menyokong pembayaran secara Electronic Funds Transfer (EFT).
- Penambahan modul baru boleh dilakukan dengan mudah.
Kriteria Teknikal
- Sistem mempunyai fungsi audit trail yang automatik.
- Sistem mempunyai profil keselamatan pentadbiran.
- Mempunyai kemudahan backup dan restore data.
- Agensi perlu mempunyai Pelan Pemulihan aplikasi sistem perakaunan.
- Sistem mempunyai keupayaan log off pengguna secara automatic bagi sesuatu tempoh masa.