KENALI PLAT KENDERAAN KHAS UiTM

 

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah membuka penjualan Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UiTM kepada orang awam mulai dari 01 Mac 2020. Penjualan ini tidak tertakluk kepada warga UiTM atau alumni UiTM, orang luar yang berminat untuk membeli Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UiTM adalah amat dialu-alukan. Selain itu, ini adalah salah satu inisiatif yang dibuat oleh UiTM bagi menjana pendapatan untuk disalurkan kepada Tabung Endowmen Universiti. Tujuan hasil jualan ini dimasukkan ke dalam Tabung Endowmen adalah bagi menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar UiTM yang memerlukan selain daripada penggunaan untuk tujuan penyelidikan dan perundingan.