BANTUAN DAN SOALAN LAZIM

 

 

Berikut disenaraikan soalan lazim yang sering menjadi persoalan daripada pengguna semasa berurusan untuk memiliki nombor pendaftaran khas UiTM. Semoga ianya membantu serba sedikit dan memudahkan urusan semua. 

Klik pada soalan lazim yang berkaitan di bawah untuk mendapatkan jawapan pantas berkaitan persoalan dalam memiliki Nombor Pendaftaran Kenderaan Edisi Khas UiTM ini.

SOALAN 1 : Siapakah yang dibenarkan untuk membeli Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM?

Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang layak untuk membeli di Portal UITMNO :

  1. Individu: Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.
  3. Warga Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan Malaysia dan Bukan Warga Malaysia yang mempunyai passport yang membeli kenderaan di Malaysia.

SOALAN 2 : Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan Portal UITMNO?

Individu/Perniagaan/Syarikat perlu mempunyai kad kredit atau perbankan atas talian bagi memudahkan proses transaksi dilakukan. Syarat-syarat lain tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).

SOALAN 3 : Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan Portal UITMNO?

Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak TIDAK PERLU membuat pendaftaran ringkas di dalam Sistem UITMNO. Terus melayari Portal UITMNO untuk membuat pembelian Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UiTM.

SOALAN 4 : Apakah jenis emel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di Portal UITMNO?

Orang awam atau pengguna Portal UITMNO disarankan menggunakan emel jenis ‘Yahoo’ dan ‘Gmail’ yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Portal UITMNO. Untuk emel korporat, sila pastikan urusetia emel anda membenarkan emel dari luar dan juga semak capaian spam.

SOALAN 5 : Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi setelah pendaftaran dilakukan di Portal UITMNO?

Sebarang kemaskini maklumat peribadi boleh dibuat selepas pembelian telah diluluskan. Pihak kami menasihatkan supaya pembeli memasukan maklumat yang diperlukan secara berhati-hati kerana sebarang pertukaran maklumat akan dikenakan bayaran.

SOALAN 6 : Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan Portal UITMNO?

Orang awam atau pengguna Portal UITMNO disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.

SOALAN 7 : Berapa lamakah tempoh pembelian untuk satu (1) siri Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM?

Tempoh pembelian untuk satu (1) siri Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM adalah tujuh (7) hari seminggu dan dua puluh empat (24) jam sehari.

SOALAN 8 : Adakah pembeli perlu meletakkan deposit?

TIDAK PERLU, terus membuat bayaran harga Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM secara dalam talian setelah membuat tempahan

SOALAN 9 : Berapakah harga Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM?

Harga bagi setiap nombor kenderaan adalah mengikut kategori yang boleh dilihat di SINI.

SOALAN 10 : Apakah had untuk membeli Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM?

Tiada had untuk membuat pembelian Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM.

SOALAN 11 : Bolehkah pembeli menarik balik pembelian?

TIDAK. Pembeli tidak dibenarkan menarik balik pembelian yang sudah dilakukan.

SOALAN 12 : Bolehkah mendaftar Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM di mana-mana Cawangan JPJ?

Tidak boleh, hanya cawangan JPJ yang tertera sahaja seperti di dalam surat kelulusan yang diberikan.

SOALAN 13 : Bagaimanakah hendak mendaftar nombor tersebut sekiranya saya diluar kawasan Lembah Klang?

Pembeli boleh dapatkan nombor telefon ‘runner’ daripada pihak UiTM bagi membantu pembeli membuat pendaftaran di cawangan JPJ seperti yang dinyatakan dalam surat kelulusan.

SOALAN 14 : Bagaimana untuk mengetahui jika pembeli telah berjaya membeli atau gagal membeli?

Pentadbir sistem akan menghantar emel makluman kepada pembeli untuk memaklumkan status bayaran yang telah dibuat dan kelulusan pembelian yang telah dibuat.

SOALAN 15 : Bagaimanakah kaedah pembayaran pembelian dilakukan?

Pembeli hanya boleh melakukan pembayaran secara dalam talian melalui Portal UITMNO sahaja. Sila klik SINI untuk mengetahui kaedah bayaran tersebut.

SOALAN 16 : Bilakah saya harus membuat bayaran?

Bayaran boleh dibuat melalui Portal UITMNO secara atas talian selepas memilih Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM.

SOALAN 17 : Adakah pembeli lain tahu jika saya membeli satu-satu nombor?

YA, setelah pembelian dibuat Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM akan mengeluarkan status telah ditempah. Dan sekiranya telah diluluskan pembeliannya, tidak akan dipaparkan nombor plat yang telah diluluskan.

SOALAN 18 : Berapa lamakah boleh menggunakan Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM?

Selama -lamanya, seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

SOALAN 19 : Berapa lama penjualan Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM?

Penjualan, pembelian dan pendaftaran Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM akan dijalankan sehingga 30 November 2025.

SOALAN 20 : Saya telah membuat pembelian, apa perlu saya lakukan?

Emel kelulusan pembelian akan diberikan dalam tempoh 3 (tiga) hari bekerja selepas pembelian dibuat, sijil pendaftaran Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM boleh diambil di Unit Jualan Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM, Pejabat Bendahari, Aras 3, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam atau boleh dihantar secara pos ke rumah. Bagi urusan pengeposan sila klik SINI.

SOALAN 21 : Apakah yang perlu saya tahu jika saya memilih opsyen skim potongan gaji (untuk staf UiTM sahaja)?

Tawaran skim potongan gaji untuk bidaan sesi kedua ini hanya untuk Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM dari kategori Terhad sahaja.

SOALAN 22 : Sekiranya pembeli mengalami masalah berkaitan kad kredit / kad debit seperti transaksi penolakan dan bayaran balik, kepada siapakah harus pembeli rujuk?

Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit / kad debit, pembeli boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).

SOALAN 23 : Apakah dokumen yang perlu dibawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan bagi proses pendaftaran Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM?

Pembeli perlu hadir ke JPJ Cawangan Wangsa Maju atau JPJ Cawangan Padang Jawa dan bawa bersama dokumen seperti dibawah:

  1. Cetakan Sijil Asal daripada pihak Unit Jualan Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UiTM, Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam.
  2. Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat.
  3. Salinan Pengesahan emel ke JPJ dari Unit Jualan Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UiTM, Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam. 

SOALAN 24 : Apakah tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan?

Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 6 bulan dari tarikh pengeluaran Sijil Pendaftaran Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM.

SOALAN 25 : Apakah yang akan berlaku jika pendaftaran nombor kenderaan tidak dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengeluaran Sijil Pendaftaran Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM?

Sijil Pendaftaran yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah. Pihak pembeli perlu membuat permohonan perlanjutan tempoh dan dikenakan caj seperti yang telah ditetapkan.

SOALAN 26 : Apa yang berlaku jika pembeli tidak mahu menerima nombor pendaftaran yang dibeli?

Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM yang telah dibeli akan ditarik balik tanpa sebarang notis dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil UiTM.

SOALAN 27 : Adakah Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UiTM boleh ditukar nama atau dipindah milik?

YA,dibenarkan. Bagi urusan permohonan pertukaran nama, sila klik SINI.

SOALAN 28 : Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh dibuat permohonan lanjutan tempoh pendaftaran?

YA, dibenarkan. Bagi urusan permohonan perlanjutan tempoh pendaftaran, sila klik SINI.

SOALAN 29 : Apakah saluran yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat apa- apa pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan pembelian Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan UITM?

Sila hubungi pegawai Khidmat Pelanggan UiTM di  +603 5544 3357 / 3269 / 011 5697 7582 untuk mendapatkan bantuan atau pertanyaan lanjut.