JABATAN PENGURUSAN PEROLEHAN DAN ASET

 

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB - BAHAGIAN PEROLEHAN

UNIT PANGGILAN TENDER & SEBUT HARGA

  • Menguruskan pelawaan Tender (Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja)
  • Menguruskan pelawaan Sebut Harga Rasmi (Bekalan/Perkhidmatan/ Kerja)
  • Menguruskan penjualan dokumen tawaran Tender/ Sebut Harga
  • Menyelaras Jawatankuasa Pembukaan Tender / Sebut Harga
  • Mengurus sesi pembukaan Tender/ sebut Harga
  • Mendaftarkan syarikat dengan UiTM seluruh Malaysia
  • Menerima dan menguruskan wang di kaunter terimaan
  • Helpdesk untuk sistem FinEprocurement bagi staf dan syarikat yang menggunakan sistem untuk urusan perolehan

UNIT PROSES TENDER

  • Menyediakan Laporan Analisa disatukan dan kertas kerja pengesyoran bagi tender bekalan/ perkhidmatan/ kerja seluruh UiTM Malaysia bagi tujuan pembentangan ke Mesyuarat Lembaga Perolehan (LP)
  • Urusetia mesyuarat Lembaga Perolehan
  • Menguruskan Permohonan Lanjutan Tempoh Sahlaku Tender
  • Menguruskan surat tawaran dan dokumen kontrak Tender Bekalan & Perkhidmatan Am kepada syarikat yang berjaya
  • Penyediaan Laporan tender bagi Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun Universiti (JPKA)

UNIT PROSES SEBUT HARGA

  • Menyediakan Laporan Analisa disatukan dan kertas kerja pengesyoran bagi tujuan pembentangan ke Mesyuarat JKSH
  • Urusetia mesyuarat JK Sebut Harga
  • Menguruskan tawaran dan dokumen kontrak bekalan dan perkhidmatan am kepada syarikat berjaya
  • Penyediaan laporan Sebut Harga bagi UiTM seluruh Malaysia untuk Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun Universiti (JPKA)
  • Menguruskan Rundingan Terus dan menyediakan kertas kerja untuk memuktamadkan harga dan kelulusan Rundingan Terus dalam mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga Rasmi dan Lembaga Perolehan
  • Urusetia Jawatankuasa Rundingan Harga UiTM Shah Alam
  • Menyediakan kertas kerja berkaitan Perunding bagi tujuan pembentangan dan kelulusan LP

UNIT PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN KONTRAK SEBUT HARGA DAN TENDER

  • Menguruskan aduan pertanyaan / permohonan kontrak yang diterima mengikut syarikat / pusat tanggungjawab / nombor kontrak bagi kes berikut:
    • Perlanjutan tempoh serahan / kontrak
    • Penambahan nilai perkhidmatan
    • Penambahan kuantiti bekalan
    • Perubahan terma bayaran kontrak
    • Perubahan spesifikasi bekalan
    • Kelulusan arahan perubahan kerja
  • Menyediakan kertas kerja untuk kelulusan pihak berkuasa melulus asal (Lembaga Perolehan/ Jawatankuasa Sebut Harga) bagi permohonan perubahan kontrak
  • Urusetia mesyuarat JKSH dan LP bagi kertas kerja perubahan kontrak
  • Menyediakan kertas kerja bagi permohonan yang perlu dipanjangkan ke Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui system eGPA
  • Menyediakan surat makluman keputusan/dokumen kontrak tambahan dan surat- surat berkaitan aduan/pertanyaan/ perubahan kontrak kepada Pusat Tanggungjawab/ syarikat
  • Menguruskan permohonan dan pengesahan pelepasan Bon Pelaksanaan oleh pihak syarikat/ Pusat Tanggungjawab.

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB - BAHAGIAN ASET/ HARTA BENDA

UNIT ASET/ HARTA BENDA

  • Bertanggungjawab atas pengurusan dan penyelenggaraan rekod aset/ harta benda alih Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam dan Pusat Tanggungjawab kendalian Unit Kewangan Zon 1 (Canseleri)
  • Menyelaras dan memantau gerak kerja pemeriksaan/ verifikasi aset/ harta benda UiTM serta pematuhan dasar perekodan dan pengendalian harta benda UiTM
  • Bertanggungjawab atas pelaporan pengurusan aset/ harta benda UiTM kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset UiTM (JPAKU) dan agensi pusat.

UNIT PELUPUSAN ASET/ HARTA BENDA

  • Menguruskan proses pelupusan aset/ harta benda mengikut tatacara pengurusan aset universiti
  • Melaksanakan pelupusan secara on-site ke atas harta benda yang rosak, lusuh dan tidak ekonomik untuk dibaiki oleh pihak universiti.

UNIT KEHILANGAN ASET/ HARTA BENDA

  • Pengurusan tindakan susulan ke atas pendokumentasian laporan kehilangan dengan pihak Pusat Tanggungjawab UiTM.
  • Mengemukakan kertas kerja laporan kehilangan kepada Sekretariat Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan.
  • Bertanggungjawab atas pelaporan kehilangan aset/ harta benda UiTM kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset UiTM (JPAKU) dan agensi pusat.

UNIT PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN

  • Menerajui inisiatif-inisiatif kualiti dan inovasi pengurusan aset/ harta benda.
  • Mengurus stor unit Pejabat Bendahari bagi keperluan kertas fotostat, fail pejabat dan borang kewangan terkawal untuk Pejabat Bendahari di Kampus-Kampus Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Kampus Selayang.
  • Mengendalikan sesi taklimat dan menawarkan perkhidmatan bantuan/ khidmat nasihat pengurusan aset/ harta benda di Pusat Tanggungjawab.
  • Melaksanakan program/ lawatan penguatkuasaan dan pemantauan perlaksanaan serta penguatkuasaan polisi pengurusan aset/ harta benda dan stor unit UiTM.

SENARAI STAF JABATAN

CARTA ORGANISASI

 

PUSAT SUMBER JABATAN