JABATAN PENGURUSAN AKAUN DAN SISTEM KEWANGAN

 

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

BAHAGIAN PENGURUSAN AKAUN

  • Menguruskan penyediaan dan konsolidasi Penyata Kewangan Tahunan Universiti Teknologi MARA.
  • Menyelaras penyatuan akaun interim bagi semua Kumpulan Wang, Kampus Cawangan dan Anak Syarikat UiTM.
  • Merangka dasar dan peraturan perakaunan UiTM dan memantau pelaksanaannya.
  • Menguruskan penyediaan penyata penyesuaian akaun-akaun bank UiTM Shah Alam dan memantau proses penyesuaian akaun bank Kampus Cawangan UiTM.
  • Mengemaskini Jadual dan Daftar Akaun.
  • Menyelaraskan pertanyaan dan teguran pihak audit ke atas sistem pengurusan kewangan UiTM serta merancang dan melaksanakan tindakan pencegahan bagi memastikan sesuatu teguran audit tidak berulang.
  • Menyelaraskan penyediaan dan penyelenggaran laporan-laporan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan UiTM.
  • Mengendalikan urusan penyimpanan dokumen kewangan seperti baucer bayaran, resit dan jernal.

BAHAGIAN PENGURUSAN SISTEM

  • Merancang pembangunan dan menjalankan penambahbaikan peralatan dan sistem ICT Pejabat Bendahari.
  • Menguruskan, menyelenggara dan menambahbaik sistem perakaunan teras Pejabat Bendahari; FAIS, FINePortal dan FINeProcurementPLUS.
  • Menyelaras kerja-kerja integrasi antara sistem perakaunan sokongan dengan FAIS, FINePortal dan FINeProcurementPLUS.
  • Mengadakan program latihan kepada pengguna FAIS, FINePortal dan FINeProcurementPLUS bagi memastikan tahap pengetahuan pengguna adalah baik.
  • Memberikan bantuan khidmat teknikal kepada pengguna FAIS, FINePortal dan FINeProcurementPLUS bagi memastikan kelancaran operasi kerja harian.
  • Menyelenggara dan mengemaskini Laman Pembekal di Web Pejabat Bendahari.

SENARAI STAF JABATAN

CARTA ORGANISASI

PUSAT SUMBER JABATAN

INFO TERKINI

(Sila klik pada poster berkaitan untuk maklumat lanjut)

POSTER   KETERANGAN
 

BUKU KOD AKAUN (Dikemaskini : 25/01/2022)

Menyenaraikan kod akaun terkini yang digunapakai di dalam Pengurusan Sistem Kewangan untuk panduan Warga UiTM.

AKTIVITI

(Sila klik pada poster berkaitan untuk maklumat lanjut)

POSTER   KETERANGAN
 

TAKLIMAT PENGHANTARAN PENYATA & DAFTAR MUKTAMAD TAHUN 2021

Taklimat berkaitan tatacara penghantaran dan serahan penyata dan daftar muktamad meliputi 3S (Sebelum/Semasa/Selepas) di dalam norma baru mengikut 'Standard Operating Procedure' (SOP) bagi mengelak dan mengawal penularan wabak Covid-19.

   

TAKLIMAT KESELAMATAN SEKURITI

Taklimat berkaitan keselamatan/ sekuriti Cyber yang dapat memberi ancaman kepada data, maklumat, sistem pengkomputeran dan keselamatan terhadap individu, organisasi atau jabatan dan negara.