FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
UNIT PENGURUSAN AKAUN
- Menguruskan penyediaan dan konsolidasi Penyata Kewangan Tahunan Universiti Teknologi MARA.
- Menyelaras penyatuan akaun interim bagi semua Kumpulan Wang, Kampus Cawangan dan Anak Syarikat UiTM.
- Merangka dasar dan peraturan perakaunan UiTM dan memantau pelaksanaannya.
- Menguruskan penyediaan penyata penyesuaian akaun-akaun bank UiTM Shah Alam dan memantau proses penyesuaian akaun bank Kampus Cawangan UiTM.
- Mengemaskini Jadual dan Daftar Akaun.
- Menyelaraskan pertanyaan dan teguran pihak audit ke atas sistem pengurusan kewangan UiTM serta merancang dan melaksanakan tindakan pencegahan bagi memastikan sesuatu teguran audit tidak berulang.
- Menyelaraskan penyediaan dan penyelenggaran laporan-laporan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan UiTM.
- Mengendalikan urusan penyimpanan dokumen kewangan seperti baucer bayaran, resit dan jernal.
UNIT SISTEM KEWANGAN
- Merancang pembangunan dan menjalankan penambahbaikan peralatan dan sistem ICT Pejabat Bendahari.
- Menguruskan, menyelenggara dan menambahbaik sistem perakaunan teras Pejabat Bendahari; FAIS, FINePortal dan FINeProcurementPLUS.
- Menyelaras kerja-kerja integrasi antara sistem perakaunan sokongan dengan FAIS, FINePortal dan FINeProcurementPLUS.
- Mengadakan program latihan kepada pengguna FAIS, FINePortal dan FINeProcurementPLUS bagi memastikan tahap pengetahuan pengguna adalah baik.
- Memberikan bantuan khidmat teknikal kepada pengguna FAIS, FINePortal dan FINeProcurementPLUS bagi memastikan kelancaran operasi kerja harian.
- Menyelenggara dan mengemaskini Laman Pembekal di Web Pejabat Bendahari.