Mohon | Alumni | Sumbangan | Pelajar | Staf | Pembekal

    UiTM FinEPortalUiTM FinEPortalUiTM FinEPortal

    • LAMAN UTAMA
    • KORPORAT
      • INFO KORPORAT
        • Visi dan Misi UiTM
        • Falsafah dan Objektif UiTM
        • Piagam Pelanggan Jabatan Bendahari
        • Carta Struktur Organisasi
        • Carta Struktur Fungsi
      • INFO KUALITI JABATAN BENDAHARI
        • Dasar Kualiti
        • Objektif Kualiti
        • Aktiviti Teras
        • Fungsi Utama
        • Manual Kualiti
        • Pensijilan ISO
        • Pencapaian
    • ORGANISASI
      • Bendahari UiTM
      • Pengurusan Kanan Jabatan Bendahari
      • Bahagian Jabatan Bendahari
      • Unit Kewangan Zon - UKZ
      • Negeri / Kampus
      • Jawatankuasa Jabatan Bendahari
    • PERKHIDMATAN
      • FINePortal
      • FINeProcurementPLUS
      • FINePay
      • FINeStudent
        • Akses Staf
        • Akses Agensi Luar
        • Akses Pelajar
      • eClaim Pemandu
      • e-Sumber
      • eAduan UiTM
      • Muat Turun
    • KALENDAR
    • DIREKTORI
    NURUL JANNAH BINTI AHMAD JAMALLULLAIL C.A. (M)
    Pelajar
    19 April 2022
    Hits: 70330

    PERINGATAN GUGUR TARAF PELAJAR (GT)

    • Print

    1. Sebagai pelajar, anda perlu MENDAFTAR KURSUS dan MEMBAYAR YURAN dalam tempoh yang ditetapkan.

    * Jika tidak, anda akan dikenakan tindakan GUGUR TARAF. Denda serta yuran proses pembatalan gugur taraf berjumlah RM 200.00 akan dikenakan.

    (SIla rujuk kalendar akademik yang sedang berkuat kuasa melalui pautan berikut: Kalendar Akademik

    1. Sebagai pelajar, anda perlu membuat VALIDASI pendaftaran kursus.

    * Jika tidak membuat validasi, anda berisiko kursus yang didaftarkan adalah tidak tepat.

    (SIla rujuk pegawai akademik di fakulti masing-masing, melalui pautan berikut: Pegawai Akademik).

    1. Jika anda ingin TAMBAH / GUGUR KURSUS SELEPAS TEMPOH VALIDASI, anda akan dikenakan yuran tambahan RM 100.00 bagi setiap kursus.

    *Oleh itu, sila pastikan pendaftaran kursus dan pembayaran yuran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dalam kalendar akademik.

    NURUL JANNAH BINTI AHMAD JAMALLULLAIL C.A. (M)
    Pelajar
    06 May 2026
    Hits: 422791

    PELAJAR : SOALAN LAZIM & BANTUAN

    • Print

    Sila klik pada tab atau seksyen yang berkaitan untuk maklumat lanjut berhubung bantuan dan soalan lazim.

    • SOALAN LAZIM
    • KWSP
    • TAJAAN/BIASISWA
    • HUBUNGI KAMI
    • ADUAN & MAKLUM BALAS PELANGGAN

    SOALAN LAZIM

    SOALAN 1 : Bagaimana cara untuk mengakses Portal Kewangan Pelajar? Mohon bantuan.

    SOALAN 1 : Bagaimana cara untuk mengakses Portal Kewangan Pelajar? Mohon bantuan.

    Jawapan:

    Portal Kewangan Pelajar (Student Financial Services) boleh diakses melalui login iStudent Portal.

    Sekiranya anda menghadapi masalah login ke iStudent Portal, sila rujuk senarai semak di bawah:

    • Bagi pelajar baru, adakah anda telah mendaftar sebagai pelajar UiTM di pautan berikut? https://online.uitm.edu.my/
    • Adakah anda telah membuat pengisytiharan vaksin? (Wajib, sekali sahaja)
    • Adakah anda telah membuat pengisytiharan Saringan C19 setiap hari? (Wajib, setiap hari) (untuk soalan 2 & 3 layari: https://saringc19.uitm.edu.my/#/)
    • Sudahkah anda membuat pengisytiharan Akta PDPA? (Paparan akan muncul semasa log masuk pertama, selepas mengesahkan sila kembali ke halaman log masuk)
    • Adakah anda menggunakan kata laluan yang betul? Untuk mendapatkan semula kata laluan, sila ke pautan: https://sims-recover.uitm.edu.my/recover/pwd/index.htm
    • Jika pemulihan kata laluan gagal, sila semak e-mel yang didaftarkan dalam sistem. Sila layari: https://ssprv2.uitm.edu.my/sspr/public/forgottenusername
    SOALAN 2 : Dimanakah boleh saya dapatkan struktur yuran?

    SOALAN 2 : Dimanakah boleh saya dapatkan struktur yuran?

    Jawapan:

    Struktur yuran boleh didapati berdasarkan status pendaftaran pelajar seperti berikut:

    • Bagi pelajar baru yang masih belum mendaftar dan belum membuat proses setuju terima tawaran pengajian, struktur yuran boleh dimuat turun dari Laman Utama Pelajar di laman web rasmi Pejabat Bendahari melalui pautan berikut: Struktur Yuran Perdana
    • Bagi pelajar yang telah mendaftar dan berstatus aktif, surat pengesahan yuran boleh dijana melalui login iStudent Portal, dengan merujuk panduan berikut:

      Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Kutipan Yuran / Bil Pelajar yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3445/ emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kadar yuran.   

    SOALAN 3 : Bila tarikh akhir bayaran yuran pengajian?

    SOALAN 3 : Bila tarikh akhir bayaran yuran pengajian?

    Jawapan:

    Tarikh akhir bayaran yuran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

    Kalendar Akademik UiTM

    SOALAN 4 : Adakah saya layak membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP?

    SOALAN 4 : Adakah saya layak membuat permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP?

    Jawapan:

    Syarat kelayakan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP, boleh dirujuk melalui pautan berikut: 

    Syarat Kelayakan Pengeluaran iAkaun KWSP

    Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Pengeluaran Pendidikan KWSP yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3401/ emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan pengeluaran KWSP.

    SOALAN 5 : Mengapakah permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP saya ditolak?

    SOALAN 5 : Mengapakah permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP saya ditolak?

    Jawapan:

    Kelulusan permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP adalah berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

    Di antara punca permohonan ditolak yang kerap berlaku adalah disebabkan oleh maklumat bil (Bagi permohonan pembayaran bil yang belum dibayar) dan maklumat resit (Bagi permohonan pembayaran bil yang telah dibayar) yang tidak tepat.

    Sehubungan itu, saudara/saudari perlu perlu berhati-hati ketika mengisi borang permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP.

    Panduan permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP, boleh dirujuk melalui pautan berikut:

    Panduan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP

    SOALAN 6 : Apakah jenis yuran yang boleh dibuat permohonan pengeluaran KWSP?

    SOALAN 6 : Apakah jenis yuran yang boleh dibuat permohonan pengeluaran KWSP?

    SOALAN 7 : Bagaimana untuk saya membuat permohonan pembatalan bil yuran kolej?

    SOALAN 7 : Bagaimana untuk saya membuat permohonan pembatalan bil yuran kolej?

    Jawapan:

    Bil yuran kolej kediaman dijana oleh Unit Kolej di sistem eHEP.

    Sehubungan itu, saudara / saudari pelajar perlu mengemukakan permohonan pembatalan bil yuran kolej kediaman kepada Unit Kolej masing-masing.

    SOALAN 8 : Bagaimana cara untuk saya memohon pemulangan Yuran Pengajian dan Yuran Yuran Lain?

    SOALAN 8 : Bagaimana cara untuk saya memohon pemulangan Yuran Pengajian dan Yuran Yuran Lain?

    Jawapan:

    Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pemulangan yuran, permohonan boleh dibuat dengan mengisi google form melalui link berikut:

    Borang Permohonan Pemulangan Yuran

    Borang permohonan ini terpakai kepada semua pelajar KECUALI pelajar prasiswazah mod pengajian separuh masa di bawah seliaan iCEPS.

    PERHATIAN!

    Permohonan TIDAK AKAN DIPROSES sekiranya dokumen sokongan tidak lengkap / maklumat yang diisi tidak tepat.

    Sila pastikan MAKLUMAT AKAUN BANK pelajar telah dikemaskini di Student Financial Portal. (Pastikan no. akaun bank adalah MILIK PELAJAR sahaja).

    Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Pemulangan Yuran yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3435/ emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan pemulangan yuran.

    SOALAN 9 : Saya pelajar Sepenuh Masa Lanjut Tempoh (SML). Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?

    SOALAN 9 : Saya pelajar Sepenuh Masa Lanjut Tempoh (SML). Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?

    Jawapan:

    Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

    Kalendar Akademik UiTM

    Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Kutipan Yuran / Bil Pelajar yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3445/ emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kadar yuran.

    SOALAN 10 : Saya pelajar Pascasiswazah. Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?

    SOALAN 11 : Mengapa saya dikenakan tindakan gugur taraf?

    SOALAN 12 : Bagaimana untuk membuat permohonan penangguhan pembayaran yuran pengajian?

    SOALAN 12 : Bagaimana untuk membuat permohonan penangguhan pembayaran yuran pengajian?

    Jawapan:

    Permohonan penangguhan pembayaran yuran adalah mengikut peringkat pengajian.

    Bagi pelajar prasiswazah (selain dari pelajar iCEPS):

    Bagi mengelakkan pelajar dari digugur taraf, pelajar boleh mohon penangguhan bayaran yuran.

    Tempoh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan bayaran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

    Kalendar Akademik UiTM

    Borang permohonan penangguhan pembayaran yuran pelajar prasiswazah boleh didapati dari link berikut:

    Fees Deferment Online Application Form

     Bagi pelajar pascasiswazah:

    Sila layari laman Web berikut: edeferment IPSis

    Bagi pelajar yang diluluskan permohonan untuk menangguhkan bayaran yuran, sila pastikan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan ini dipatuhi.

    Sila hubungi pegawai Unit Kewangan Zon 7 yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan penangguhan bayaran yuran pelajar pascasiswazah.  

    SOALAN 13 : Saya adalah pelajar tajaan. Bagaimana cara untuk mengemaskini status tajaan dan membuat permohonan penangguhan pembayaran yuran?

    SOALAN 13 : Saya adalah pelajar tajaan. Bagaimana cara untuk mengemaskini status tajaan dan membuat permohonan penangguhan pembayaran yuran?

    Jawapan:

    Pelajar tajaan tidak perlu memohon kelulusan bagi penangguhan bayaran (setiap semester sepanjang tempoh tajaan).

    Walau bagaimanapun, pelajar perlu mengemaskini status tajaan secara kendiri di MyStudent seperti panduan di bawah :

    SOALAN 14 : Saya telah tamat tajaan, bagaimanakah cara saya untuk mengemaskini status tajaan?

    SOALAN 14 : Saya telah tamat tajaan, bagaimanakah cara saya untuk mengemaskini status tajaan?

    Jawapan:

    Saudara / saudari pelajar boleh  mengemaskini maklumat tajaan secara kendiri di portal MyStudent berdasarkan panduan dalam infografik Panduan Kemaskini Maklumat Tajaan dengan memilih tiada tajaan di seksyen 1 Maklumat Pendapatan.

    SOALAN 15 : Bagaimana cara untuk mencetak bil pelajar?

    SOALAN 15 : Bagaimana cara untuk mencetak bil pelajar?

    Jawapan:

    SOALAN 16 : Bagaimana cara untuk membayar bil pelajar?

    SOALAN 16 : Bagaimana cara untuk membayar bil pelajar?

    Jawapan:

    Terdapat 4 mod pembayaran bil yang boleh dipilih:

    1. Kaunter Cawangan Bank Islam

    Sila pastikan nama dan nombor bil dicetak di slip pembayaran bil

    1. Automated Teller Machine (ATM) Bank Islam
      • Pilih Menu > Lain > Pembayaran Bil / Yuran IPT
      • Masukkan > No. Kad Pengenalan Pelajar
      • Pilih > Bil Anda

    1. Perbankan internet Bank Islam
      • Layari www.bankislam.com.my
      • Klik butang "Login How" pada logo bankislam.biz dan tekan "OK".
      • Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki bankislam.biz.
      • Pilih "Bill Presentment" pada bahagian "Bill Payment".
      • Pilih "Universiti Teknologi MARA" pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
      • Klik butang "Next".
      • Skrin berikutnya akan menunjukkan senarai bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar.
      • Pilih bil yang hendak dibayar. Klik butang "Pay".
      • Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
      • Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran.
      • Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran.
      • Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
      • Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
      • Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah dibuat sebagai rujukan.

    1. VISA / Mastercard & kiplePay
      • Mod pembayaran ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang tiada akaun Bank Islam untuk membuat pembayaran secara dalam talian.
      • Bagi pelajar yang mempunyai akaun Bank Islam, anda digalakkan untuk membuat pembayaran menggunakan perbankan internet Bank Islam.
      • Harap maklum bahawa pembayaran melalui kaedah ini akan mengambil masa antara 2 hingga 7 hari bekerja untuk yuran dikemas kini kepada status "Telah Dibayar".
      • Untuk pelajar yang tidak mempunyai akaun Bank Islam, pembayaran boleh dibuat melalui link berikut:

    https://fpx.uitm.edu.my/byrnpel/bendahari/DisclaimerNewEdited.asp

    Link Pembayaran Yuran Dalam Talian (Selain Bank Islam)

    SILA PASTIKAN RESIT RASMI DICETAK DAN DISIMPAN UNTUK TUJUAN SEMAKAN / PENGESAHAN.

    SOALAN 17 : Bagaimana cara untuk mengemaskini akaun bank di portal pelajar?

    SOALAN 17 : Bagaimana cara untuk mengemaskini akaun bank di portal pelajar?

    Jawapan:

    SOALAN 18 : Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan maklumat tarikh-tarikh penting berkaitan pembayaran yuran yang perlu saya patuhi sebagai seorang pelajar?

    SOALAN 18 : Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan maklumat tarikh-tarikh penting berkaitan pembayaran yuran yang perlu saya patuhi sebagai seorang pelajar?

    Jawapan:

    Tarikh-tarikh penting berkaitan pembayaran yuran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

    Kalendar Akademik UiTM

    SOALAN 19 : Boleh saya tahu, peraturan-peraturan yang perlu saya patuhi sebagai seorang pelajar?

    SOALAN 19 : Boleh saya tahu, peraturan-peraturan yang perlu saya patuhi sebagai seorang pelajar?

    Jawapan:

    Saudara / saudari pelajar boleh merujuk kepada Peraturan Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut: Peraturan Akademik

    SOALAN 20 : Saya pelajar tajaan. Mohon UiTM untuk mengemukakan invois kepada penaja saya.

    SOALAN 20 : Saya pelajar tajaan. Mohon UiTM untuk mengemukakan invois kepada penaja saya.

    Jawapan:

    Berdasarkan Dasar Pengurusan Pelajar Tajaan, UiTM tidak mengemukakan invois tuntutan kepada penaja kecuali bagi:

    1. Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi

    2. Tajaan bagi program yang mempunyai perjanjian usahasama di antara Fakulti / PTJ dengan agensi luar.

    - Tidak tertakluk kepada program usahasama MARA bagi jumlah yuran pengajian persemester kurang daripada RM 15,000.00.

    - Berdasarkan prosedur pembiayaan MARA, pihak MARA akan menyalurkan pembiayaan ke akaun bank milik pelajar sekiranya jumlah yuran pengajian persemester kurang daripada RM 15,000.00.

    - Seterusnya, pelajar perlu membuat pembayaran yuran mengikut mod pembayaran yang dibenarkan. 

    - Sila rujuk soalan lazim no. 16, bagi panduan pembayaran bil pelajar.

    3. Tajaan MARA bagi jumlah yuran pengajian persemester lebih daripada RM 15,000.00

    - Sila rujuk soalan lazim no. 37, bagi butiran proses pembayaran yuran pengajian pelajar tajaan MARA.

    Berikut adalah Dasar Pengurusan Pelajar Tajaan UiTM:

    Sila hubungi pegawai Unit Tajaan Tempatan yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3369 / emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan  yuran pelajar tajaan.

    SOALAN 21 : Semalam saya sudah mengisi borang permohonan pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP. Mengapa bil pengajian saya masih berstatus ‘Belum Dibayar’?

    SOALAN 21 : Semalam saya sudah mengisi borang permohonan pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP. Mengapa bil pengajian saya masih berstatus ‘Belum Dibayar’?

    Jawapan:

    Bil pelajar akan dikemaskini di FinEPortal pelajar dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima maklumat lengkap bayaran daripada pihak KWSP.

    • Pihak kami dimaklumkan oleh pihak KWSP bahawa proses pembayaran KWSP kepada institusi pengajian (UiTM) mengambil masa 7-14 hari bekerja.
    • Dalam tempoh itu, sekiranya akaun KWSP pelajar (pencarum KWSP) telah memaparkan transaksi penolakan bayaran, pihak universiti dianggarkan untuk menerima bayaran tersebut dalam tempoh 5 hari kemudian.

    Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Pengeluaran Pendidikan KWSP yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3401 / emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan pengeluaran KWSP. 

    SOALAN 22 : Sekiranya saya menerima separa pembiayaan dari penaja, bagaimanakah cara untuk membuat permohonan pengeluaran KWSP secara manual?

    SOALAN 22 : Sekiranya saya menerima separa pembiayaan dari penaja, bagaimanakah cara untuk membuat permohonan pengeluaran KWSP secara manual?

    Jawapan:

    Semua permohonan pengeluaran pendidikan KWSP bagi pelajar yang mendapat separa tajaan perlu dibuat sepenuhnya secara atas talian i-Akaun KWSP. Tiada lagi permohonan secara manual di Kaunter KWSP akan diterima. Semua permohonan dan urusan berkaitan hendaklah dibuat sepenuhnya melalui sistem yang telah ditetapkan.

    Sehubungan itu, semua pelajar yang menerima tajaan diminta untuk mengemaskini maklumat tajaan masing-masing di dalam sistem Portal Mystudent dengan memilih Kategori Tajaan sama ada:
    • Tajaan penuh
    atau
    • Tajaan separa

    Dan sekiranya tajaan telah tamat, mohon kemaskini kepada tiada tajaan/pembiayaan/pinjaman.

    SOALAN 23 : Bagaimana saya hendak membuat semakan pembayaran yang telah diproses oleh UiTM kepada saya?

    SOALAN 23 : Bagaimana saya hendak membuat semakan pembayaran yang telah diproses oleh UiTM kepada saya?

    Jawapan:

    1. Semakan pembayaran yang diproses secara individu:

    • Semakan boleh dibuat melalui login iStudent Portal, klik ‘Student Financial Services’ dan klik menu ‘Info Bayaran’.

    2. Semakan pembayaran yang diproses secara bulk:

    • Semakan boleh dibuat melalui login iStudent Portal, klik ‘Student Financial Services’ dan klik menu ‘Semakan Bayaran Prihatin Nasional / Refund’.

    SOALAN 24 : Saya telah membayar yuran pada pukul 9 pagi (15 saat tadi). Mengapa status bil saya di portal masih berstatus ‘Belum Dibayar’?

    SOALAN 24 : Saya telah membayar yuran pada pukul 9 pagi (15 saat tadi). Mengapa status bil saya di portal masih berstatus ‘Belum Dibayar’?

    Jawapan:

    Bayaran akan dikemaskini di lejar pelajar dan boleh disemak dalam tempoh:

      - Selewat-lewatnya 2 hari (Kaunter BIMB, ATM, CDM)

      - Selewat-lewatnya 2 - 7 hari (VISA / Mastercard Online, BIMB internet banking, kiplePay)

    SOALAN 25 : Sekiranya saya ingin menarik diri dari pengajian, apa yang perlu saya lakukan dan adakah saya layak untuk mendapatkan semula pemulangan yuran?

    SOALAN 25 : Sekiranya saya ingin menarik diri dari pengajian, apa yang perlu saya lakukan dan adakah saya layak untuk mendapatkan semula pemulangan yuran?

    Jawapan:

    Sekiranya saudara / saudari pelajar:

    1. Pelajar baharu yang telah klik setuju terima tawaran pengajian tetapi belum mendaftar secara ATAS TALIAN (Berstatus 5C), pelajar perlu:

    • Memaklumkan kepada Bahagian Kewangan Pelajar & Endowmen melalui emel rasmi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.y atau menghubungi Unit Bil Pelajar untuk tindakan pembatalan bil bagi tujuan clearance (Sekiranya belum membayar yuran). 
    • Mengisi Borang Permohonan Menarik Diri melalui submenu Withdrawal of Studies (MD) di Portal Pelajar.
    • Mengisi Borang Permohonan Pemulangan Yuran melalui link Borang Permohonan Pemulangan Yuran (Sekiranya telah membayar yuran) 

                   - Pemulangan 100% semua jenis yuran

    2. Pelajar baharu yang telah mendaftar secara ATAS TALIAN dan menarik diri SEBELUM tarikh kuliah bermula, pelajar perlu: 

    • Memaklumkan kepada Bahagian Kewangan Pelajar & Endowmen melalui emel rasmi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.y atau menghubungi Unit Bil Pelajar untuk tindakan kemaskini bil (caj Yuran Pendaftaran sahaja) ATAU membuat pembayaran terus pada kadar Yuran Pendaftaran di FINePay (Sekiranya belum membayar yuran).
    • Mengisi Borang Permohonan Menarik Diri melalui submenu Withdrawal of Studies (MD) di Portal Pelajar.
    • Mengisi Borang Permohonan Pemulangan Yuran melalui link Borang Permohonan Pemulangan Yuran (Sekiranya telah membayar yuran) 

         - Pemulangan 100% Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan sahaja

    3. Pelajar baharu (termasuk pelajar tawaran kedua) yang telah mendaftar secara ATAS TALIAN dan menarik diri DALAM TEMPOH 30 HARI dari tarikh kuliah bermula, pelajar perlu: 

    • Memaklumkan kepada Bahagian Kewangan Pelajar & Endowmen melalui emel rasmi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.y atau menghubungi Unit Bil Pelajar untuk tindakan kemaskini bil (caj Yuran Pendaftaran + 20% Yuran Pengajian & Yuran Perkhidmatan) ATAU membuat pembayaran terus pada kadar Menarik Diri di FINePay (Sekiranya belum membayar yuran).

    • Mengisi Borang Permohonan Menarik Diri melalui submenu Withdrawal of Studies (MD) di Portal Pelajar.
    • Mengisi Borang Permohonan Pemulangan Yuran melalui link Borang Permohonan Pemulangan Yuran (Sekiranya telah membayar yuran) 

         - Pemulangan 80% Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan sahaja

     4. Pelajar baharu yang memohon menarik diri SELEPAS TEMPOH 30 HARI dari tarikh kuliah bermula, pelajar tidak layak mendapat pengurangan yuran pada kadar Menarik Diri dan perlu membayar bil pada kadar penuh.

    5. Pelajar lama yang telah membuat pendaftaran kursus dan menarik diri DALAM TEMPOH 30 HARI dari tarikh kuliah bermula, pelajar perlu:  

    • Memaklumkan kepada Bahagian Kewangan Pelajar & Endowmen melalui emel rasmi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.y atau menghubungi Unit Bil Pelajar untuk tindakan kemaskini bil (20% Yuran Pengajian & Yuran Perkhidmatan) ATAU membuat pembayaran terus pada kadar Menarik Diri di FINePay (Sekiranya belum membayar yuran) - KECUALI PELAJAR SEPENUH MASA LANJUTAN (SML).

    • Mengisi Borang Permohonan Menarik Diri melalui submenu Withdrawal of Studies (MD) di Portal Pelajar.
    • Mengisi Borang Permohonan Pemulangan Yuran melalui link Borang Permohonan Pemulangan Yuran (Sekiranya telah membayar yuran) 

         - Pemulangan 80% Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan sahaja

    6. Pelajar lama yang belum membuat pendaftaran kursus bagi semester menarik diri (Berstatus 7A), pelajar perlu:

    • Memaklumkan kepada Bahagian Kewangan Pelajar & Endowmen melalui emel rasmi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.y atau menghubungi Unit Bil Pelajar untuk tindakan pembatalan bil bagi tujuan clearance (Sekiranya belum membayar yuran). 
    • Mengisi Borang Permohonan Menarik Diri melalui submenu Withdrawal of Studies (MD) di Portal Pelajar.
    • Mengisi Borang Permohonan Pemulangan Yuran melalui link Borang Permohonan Pemulangan Yuran (Sekiranya telah membayar yuran) 

                   - Pemulangan 100% semua jenis yuran

    7. Pelajar lama yang telah membuat pendaftaran kursus dan memohon menarik diri SELEPAS TEMPOH 30 HARI dari tarikh kuliah bermula, pelajar tidak layak mendapat pengurangan yuran pada kadar Menarik Diri dan perlu membayar bil pada kadar penuh.

    PUNCA KUASA : Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Bil. 244/2025

    SOALAN 26 : Saya mengalami masalah kewangan. Saya tidak mampu untuk membayar yuran. Apa yang patut saya lakukan?

    SOALAN 26 : Saya mengalami masalah kewangan. Saya tidak mampu untuk membayar yuran. Apa yang patut saya lakukan?

    Jawapan:

    1. UNIT PENGURUSAN KEBAJIKAN PELAJAR

    Bagi pelajar Kampus Shah Alam yang mengalami masalah kewangan, pelajar boleh menghubungi pegawai di Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar melalui link berikut. Manakala bagi pelajar selain Kampus Shah Alam, perlu merujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) di kampus masing-masing:

    Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar

    2. BANTUAN ZAKAT PELAJAR

    Permohonan bantuan zakat pelajar boleh dibuat melalui link berikut: Permohonan ZAWAF (Sila pastikan tarikh permohonan dipatuhi).

    3. BANTUAN KEWANGAN PELAJAR PASCASISWAZAH 

    Berikut adalah senarai bantuan kewangan bagi pelajar pascasiswazah: Scholarships and Financial Assistance For Postgraduate Students

    3(a) UiTM Postgraduate Assistance (UPTA) Click here

    3(b) Conference Support Fund (CSF) Click here

    3(c) Journal Support Fund (JSF) Click here

    4. LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

    Panduan permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS):

    SOALAN 27 : Saya pelajar tajaan MARA. Apa yang saya perlu tahu berkaitan proses pembayaran yuran pengajian saya?

    SOALAN 27 : Saya pelajar tajaan MARA. Apa yang saya perlu tahu berkaitan proses pembayaran yuran pengajian saya?

    Jawapan:

    Merujuk kepada prosedur pembiayaan MARA, proses pembayaran yuran adalah berdasarkan jumlah yuran pengajian bagi setiap semester seperti berikut:

    1. Jumlah yuran pengajian persemester kurang daripada RM 15,000.00:
      • MARA akan menyalurkan pembiayaan ke akaun bank milik pelajar. *Tidak tertakluk kepada tajaan pelajar ACCA di bawah program usahasama Fakulti Perakaunan dan MARA (Institusi pengajian (UiTM) perlu mengemukakan tuntutan kepada MARA melalui prosedur ''Pay & Claim'').
      • Seterusnya, pelajar perlu membuat pembayaran yuran mengikut mod pembayaran yang dibenarkan. 
      • Panduan pembayaran bil:

    1. Jumlah yuran pengajian persemester lebih daripada RM 15,000.00:
      • Institusi pengajian (UiTM) perlu mengemukakan tuntutan kepada MARA.
      • Seterusnya, MARA akan menyalurkan pembiayaan terus ke akaun bank milik institusi pengajian (UiTM).

    Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Tajaan Tempatan yang bertanggungjawab di talian 03-5544 3369 / emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan tajaan MARA. 

    SOALAN 28: Ibu saya telah membuat permohonan pengeluaran i-Akaun KWSP bagi bayaran balik bil yang telah dibayar. Kenapa kami tidak menerima pembayaran balik dari UiTM sehingga kini?

    SOALAN 28: Ibu saya telah membuat permohonan pengeluaran i-Akaun KWSP bagi bayaran balik bil yang telah dibayar. Kenapa kami tidak menerima pembayaran balik dari UiTM sehingga kini?

    Jawapan:

    Untuk makluman, setiap permohonan pencarum KWSP melalui i-Akaun KWSP akan diberi maklum balas oleh sistem UiTM kepada sistem KWSP dalam tempoh 24 jam.

    Kelulusan daripada UiTM hanya mengesahkan maklumat pelajar dan bil yang diisi oleh pencarum KWSP melalui i-Akaun KWSP adalah tepat.

    Manakala, kelulusan akhir pembayaran pengeluaran pendidikan KWSP adalah daripada pihak pembayar iaitu KWSP (bagi permohonan pengeluaran yang dibenarkan dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pembayar iaitu KWSP). 

    Merujuk kepada Dasar Kualiti KWSP bagi proses pengeluaran akaun ahli akan mengambil masa dalam tempoh 7 hari bekerja (Proses pengeluaran & proses pembayaran yuran kepada UiTM/pencarum adalah tertakluk kepada kelulusan pihak KWSP dalam tempoh 7 hari bekerja).

    Sehubungan itu, pencarum boleh membuat semakan ke atas transaksi akaun bank seperti yang telah isi di dalam borang permohonan online.

    Sekiranya telah melebihi tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan & maklumat lengkap, pencarum boleh terus berhubung dengan pihak KWSP untuk pertanyaan status pembayaran.

    SOALAN 29 : Saya telah membayar yuran dan ingin membuat permohonan pengeluaran KWSP, bagaimana cara untuk membuat tuntutan?

    SOALAN 29 : Saya telah membayar yuran dan ingin membuat permohonan pengeluaran KWSP, bagaimana cara untuk membuat tuntutan?

    Jawapan:

    Permohonan pengeluaran iAkaun KWSP untuk permohonan pembayaran balik bil yang telah dibayar adalah kategori Bayaran Balik Sendiri.

    Bagi kategori Bayaran Balik Sendiri, KWSP akan membuat pembayaran terus ke akaun pencarum seperti yang telah diisi pada borang permohonan online. 

    (KWSP hanya membuat pembayaran kepada UiTM bagi kategori Bayaran ke Institusi Pengajian Tinggi adalah bagi permohonan pembayaran kepada institusi pengajian untuk melunaskan yuran yang belum dibayar).

    Merujuk kepada Dasar Kualiti KWSP bagi proses pengeluaran akaun ahli akan mengambil masa dalam tempoh 7 hari bekerja (Proses pengeluaran & proses pembayaran yuran kepada UiTM/pencarum adalah tertakluk kepada kelulusan pihak KWSP dalam tempoh 7 hari bekerja).

    SOALAN 30 : Saya telah membuat permohonan pengeluaran KWSP, adakah pihak UiTM akan membuat semakan dan pengesahan bagi permohonan tersebut?

    SOALAN 30 : Saya telah membuat permohonan pengeluaran KWSP, adakah pihak UiTM akan membuat semakan dan pengesahan bagi permohonan tersebut?

    Jawapan:

    Untuk makluman, semakan dan pengesahan setiap permohonan pencarum KWSP melalui i-Akaun KWSP akan diberi maklum balas oleh sistem UiTM kepada sistem KWSP dalam tempoh 24 jam.

    SOALAN 31 : Saya telah tamat pengajian 2 tahun lepas, adakah yuran pengajian saya boleh dituntut untuk pengeluaran pendidikan KWSP

    SOALAN 31 : Saya telah tamat pengajian 2 tahun lepas, adakah yuran pengajian saya boleh dituntut untuk pengeluaran pendidikan KWSP

    Jawapan:

    Permohonan boleh dilakukan dalam masa 3 tahun dari tarikh tamat pengajian/ berhenti/ gagal bagi bayaran yang tertunggak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Manakala bagi pelajar aktif boleh menghantar permohonan setiap semester ataupun tahun pengajian.

    SOALAN 32 : Saya sudah tidak boleh mengakses i-Students Portal lagi, namun saya dimaklumkan bakal mendapat pemulangan yuran. Bagaimana saya boleh mengemaskini no akaun bagi tujuan pemulangan ini?

    SOALAN 32 : Saya sudah tidak boleh mengakses i-Students Portal lagi, namun saya dimaklumkan bakal mendapat pemulangan yuran. Bagaimana saya boleh mengemaskini no akaun bagi tujuan pemulangan ini?

    MOHON KLIK : PROSES MENGEMASKINI NO AKAUN BANK DI PORTAL PELAJAR

    SOALAN 33 : Saya merupakan staf UiTM berstatus Pelajar Pascasiswazah, adakah saya layak menerima Yuran Kadar Staf?

    SOALAN 33 : Saya merupakan staf UiTM berstatus Pelajar Pascasiswazah, adakah saya layak menerima Yuran Kadar Staf?