INFRASTRUKTUR KEKUNCI AWAM @ PUBLIC KEY INFRASTRUCTURE (PKI)

 

 

Maklumat berkaitan Prasarana Kekunci Awam atau 'Public Key Infrastructure' (PKI) yang digunapakai di dalam Sistem FINeProcurementPLUS UiTM. Sila klik pada perkara dan seksyen di bawah untuk pemahaman lanjut.

PENGENALAN

TAKRIFAN

Prasarana Kekunci Awam (PKI) adalah gabungan perisian, teknologi penyulitan dan perkhidmatan yang membolehkan organisasi melindungi keselamatan komunikasi dan transaksi urus niaga dalam internet. (terjemahan dari MyMIS,2002). Dalam kriptografi, PKI adalah sesuatu yang mengikat kekunci awam dengan identiti pengguna masing-masing dengan cara Pihak Berkuasa Pensijilan (CA) mengeluarkan Sijil Digital.

Sijil Digital, juga dikenali sebagai Digital ID ini, merupakan pelengkap elektronik untuk kad pengenalan, lesen memandu, pasport atau kad keahlian. Sijil Digital boleh dikemukakan secara elektronik untuk membuktikan identiti anda atau hak anda untuk mengakses maklumat atau perkhidmatan online. Sijil Digital  mengikat identiti kepada Prasarana Kekunci Awam (PKI) yang boleh digunakan untuk menyulitkan dan menandatangani maklumat digital anda. Sijil Digital membolehkan individu dan organisasi untuk menguruskan  perniagaan dan peribadi secara telus.

Sijil Digital mengandungi Prasarana Kekunci Awam (PKI) iaitu nama pemilik, tarikh luput, nama Pihak Berkuasa Persijilan (CA) yang mengeluarkan Sijil Digital, nombor PIN, dan mungkin beberapa maklumat lain.

PERINGATAN SEBELUM PEMILIKAN PKI

KEBAIKAN

Kebaikan pemilikan Sijil Digital adalah seperti berikut:

  • Memastikan privasi individu/organisasi -- Melindungi maklumat dari pemintasan semasa transaksi
  • Pengesahan Pengenalan -- Membenarkan pengguna individu, organisasi dan pengendali laman web untuk mengesahkan identiti antara satu sama lain
  • Pengesahan Integriti -- Memastikan mesej atau dokumen tidak diubah atau rosak.
  • Sokongan untuk yang bukan penolakan -- Mengesahkan identiti pengguna, mengelakkan pengguna menyangkal tandatangan digital yang telah dilakukan
  • Bukti penghantaran dokumen (perekodan masa) -- organisasi perlu menggunakan masa bebas setem yang berkuasa untuk mengesahkan tarikh dan masa mesej penting untuk kegunaan undang-undang dan komersial.
  • Arkib Dokumen -- organisasi perlu menggunakan sijil digital untuk mengesahkan bahawa mesej yang disimpan tidak diubah dan untuk menyediakan akses dikawal kepada individu yang diberi kuasa.
  • Penyertaan Tanpa Had -- Syarikat anda boleh menyertai perolehan UiTM tanpa had mengikut kelayakan bidang/lesen yang dimiliki *tanpa sebarang caj pembelian dokumen tawaran seperti praktik manual yang lazim. *(Tidak termasuk dokumen seperti lukisan pelan dan yang berkaitan dengannya)   

PEMBELIAN PKI

PENGENALAN

ALIRAN PROSES

* Anda boleh menukar mod bayaran di proses 4 dengan syarat pembayaran belum dilaksanakan. Sila ke seksyen Pertukaran Mod Bayaran untuk maklumat lanjut.

PERTUKARAN MOD BAYARAN

TATACARA

1. Pembekal perlu log masuk ke dalam Sistem FINeProcurementPLUS dan pilih sub menu Pembelian PKI

2. Sila pilih nama pemohon pada ruangan No Kad Pengenalan >> Paparan Nama Pemohon >> Simpan

3. Pembekal boleh membuat semakan pemohon pada Senarai Pegawai dan juga paparan amaun yang perlu dibayar. Sila pastikan maklumat pemilik PKI ini betul sebelum meneruskan tindakan. Klik pada butang 'Tong Sampah' jika pemilihan pada Langkah 2 adalah tidak bertepatan. Ulangi langkah 2 jika perlu.

4. Pilih jenis bayaran : (Sila rujuk seksyen Kaedah Bayaran untuk maklumat lanjut)

  • Atas Talian (Kad Kredit/Kad Debit) – klik di kotak (Saya memahami dan bersetuju…..), klik Bayar dan buat pembayaran seperti dipaparkan
  • Kaunter (Tunai / Bank Draft) – klik di kotak (Saya memahami dan bersetuju….), klik Simpan. Sistem akan paparkan slip bayaran sebagai rujukan untuk pembayaran di kaunter. Cetak slip ini dan kemukakannya di mana-mana kaunter bayaran di UiTM semasa bayaran dilakukan.

5. Pembekal akan menerima emel pengaktifan selepas bayaran dibuat. Semak emel dan klik pada capaian yang diberikan.

KAEDAH BAYARAN

(A) ATAS TALIAN (KAD KREDIT/KAD DEBIT) - Pada pembekal yang memilih jenis pembelian PKI melalui Atas Talian boleh menggunakan kad kredit atau kad debit

1. Pembekal perlu klik “Atas Talian (Kad Kredit/Kad Debit)” dan Tandakan pada ayat penafian tuntutan bayaran oleh Pembekal

2. Saya memahami dan bersetuju bahawa tiada pemulangan bayaran yang boleh dituntut setelah bayaran ini dibuat

3. Klik butang Bayar untuk proses pembayaran PKI

4. Sila pilih bayaran melalui VISA atau MASTERCARD mengikut Kad Kredit/ Kad Debit pembekal. Sila pastikan konfigurasi Pop Up Blocker di komputer telah dilakukan. Klik SINI untuk rujukan bagaimana Konfigurasi Pop Up Blocker dilaksanakan.

5. Klik pada butang “Bayar Sekarang /Pay Now”

PEMBAHARUAN PKI

PENGENALAN

Your text...

ALIRAN PROSES

TATACARA

Your text...

PENGAKTIFAN PKI

Your text...

TETAPAN SEMULA PIN PKI

Your text...

PENAMATAN PKI

Your text...

HUBUNGI KAMI