BANTUAN DAN SOALAN LAZIM

 

 

Noktahkan permasalahan anda dengan menemukan penyelesaiannya di sini.

Pihak kami akan sentiasa mengemaskini dalam menghimpunkan penyelesaian permasalahan ini dari masa ke semasa bagi membantu anda menyelesaikan permasalahan lazim yang dihadapi kerana didapati sesetengah permasalahan tersebut boleh diselesaikan tanpa bantuan Staf Bendahari atau Pihak Teknikal Sistem.

Semoga lapangan ini memberi manfaat dan membantu anda. Terima kasih.

FINePORTAL

 

SOALAN 1. TUNTUTAN SYARAHAN SAMBILAN (BUKAN STAF) : Saya telah dilantik sebagai Pensyarah Sambilan ( Bukan Staf) oleh Fakulti, Bagaimana saya ingin membuat tuntutan Syarahan Sambilan?

Tuntutan boleh dilakukan secara atas talian melalui FinEPortal. Sekiranya mempunyai masalah untuk akses ke FinEPortal sila buat aduan melalui https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm

SOALAN 2. Saya hendak mengakses FinePortal atau FineProcurementPlus melalui myfinancial.uitm.edu.my
tetapi dihalakan ke bendahari.uitm.edu.my. Adakah ia merupakan pautan yang betul untuk
mengakses FinePortal?

Mulai 1 Ogos 2022, myfinancial.uitm.edu.my telah digantikan oleh bendahari.uitm.edu.my sebagai laman web rasmi Pejabat Bendahari UiTM

SOALAN 3. Saya lupa kata laluan untuk akses ke akaun Google UiTM bagi tujuan akses ke FinePortal?

Sila mohon reset kata laluan Google UiTM melalui Sistem UNITS

SOALAN 4. Saya merupakan staf baru dan mohon untuk akses ke FinePortal?

Sila mohon akaun Google terlebih dahulu melalui Sistem UNITS dan seterusnya setelah akaun Google diperolehi, anda boleh mengakses ke FinePortal menggunakan akaun Google

SOALAN 5. Saya merupakan staf yang telah mendapat no staf baru untuk status Tetap dan sebelum ini saya adalah berstatus Kontrak/PTFT/Sambilan. Saya ingin memohon untuk mengekalkan ID Akaun Google saya?

Sila mohon melalui UNITS dengan memohon pertukaran no staf kepada no staf baru (Status Tetap) dan mohon dikekalkan ID Akaun Google sedia ada

FINePAY

SOALAN 1. Saya adalah ketua projek bagi projek kutipan sumbangan tabung banjir, jadi bagaimana saya ingin memohon akses kepada sistem Finepay untuk melihat senarai pembayaran yang telah dibuat oleh penyumbang?

Projek berkenaan boleh diwujudkan menggunakan platfom FINePay. Melalui platfom ini peserta boleh membuat pembayaran secara atas talian melalui internet banking, VISA/mastercard/, TnGo eWallet dan banyak lagi pilihan mod bayaran. Ini termasuk boleh menerima bayaran dari luar negara. Untuk tujuan berkenaan sila rujuk Unit Kewangan Zon dibawah PTJ tuan/puan.

SOALAN 2. Saya ingin menganjurkan seminar dan ingin agar peserta dapat membuat pembayaran secara atas talian. Boleh bantu proses dan kaedahnya?

Projek berkenaan boleh diwujudkan menggunakan platfom FINePay. Melalui platfom ini peserta boleh membuat pembayaran secara atas talian melalui internet banking, VISA/mastercard/, TnGo eWallet dan banyak lagi pilihan mod bayaran. Ini termasuk boleh menerima bayaran dari luar negara. Untuk tujuan berkenaan sila rujuk Unit Kewangan Zon dibawah PTJ tuan/puan.

GAJI

SOALAN 1. KEMASKINI MAKLUMAT PENYEMAK/PELULUS TUNTUTAN KERJA LEBIH MASA : Pegawai penyemak saya telah bertukar, macam mana saya ingin menukar maklumat penyemak tuntutan kerja lebih masa (KLM) saya?

Tuan/puan boleh maklumkan kepada moderator PTJ (yang membuat permohonan lantikan surat kerja lebih masa) untuk mengemaskini maklumat penyemak/pelulus KLM melalui Fineportal. Langkah untuk kemaskini :Pilih FinePayroll > Pilih Surat Lantikan/Kebenaran > Pilih Kemaskini Surat Lebih Masa

SOALAN 2. POTONGAN GAJI : Saya pernah membuat potongan zakat/wakaf, Walaubagaimanapun, saya mendapati tiada lagi potongan zakat/wakaf pada gaji saya, apa perlu saya buat supaya potongan zakat/wakaf sentiasa dipotong?

Berkemungkinan tuan/puan ada membuat permohonan perberhentian pemotongan. Bagi memohon pemotongan zakat/wakaf melalui potongan gaji, sila buat permohonan potongan gaji secara atas talian melalui FinEPortal iaitu melalui : Akses ke FinEPortal > Pilih FinEPayroll > Pilih Permohonan > Pilih Potongan Gaji

PEROLEHAN

BANTUAN DAN PANDUAN AM BERKAITAN PEROLEHAN UiTM

BANTUAN SECARA TALIAN UNTUK DIHUBUNGI

Berikut disenaraikan talian untuk dihubungi bagi mendapatkan bantuan berhubung pertanyaan dan permasalahan Perolehan UiTM dan Sistem Kewangan UiTM. 

NO PERMASALAHAN
PEGAWAI TERLIBAT/ NO TEL/ EMEL

1

 

Permasalahan Umum Berkaitan Urusan Perolehan UiTM (Bagi Urusan Tender UiTM dan Sebut Harga Rasmi UiTM Shah Alam) 


Pn Nazirah binti Abd Hamid / 03-5544 3329 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Cik Che Nurul Asyiekin Aziate binti Che Aziz / 03-5544 3446 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Cik Nur Syazwani binti Mohamad Asparuddin / 03-5544 3341 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


2


Permasalahan Umum Berkaitan Urusan Perolehan dan Bayaran Bagi UiTM Kampus/ Negeri 


Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam atau Pejabat Bendahari UiTM Negeri di mana Urusan Perolehan dan Bayaran dilaksanakan


3


Permasalahan Umum Bagi Urusan Pendaftaran Vendor Melalui FINeProcurementPLUS


Cik Che Nurul Asyiekin Aziate binti Che Aziz / 03-5544 3446 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Cik Nur Syazwani binti Mohamad Asparuddin / 03-5544 3341 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


4


Pertanyaan Berhubung Spesifikasi Item Bekalan dan Perkhidmatan


Maklumat Pegawai boleh didapati di dalam Dokumen Contoh / di Iklan Tawaran


5


Pertanyaan Berhubung Serahan Bekalan dan Perkhidmatan


Maklumat Pegawai Penerima boleh didapati di dalam Pesanan Tempatan UiTM


6


Isu Teknikal Berkaitan Sistem Kewangan UiTM melalui FINeProcurementPLUS

Encik Ibrahim Fadzli bin Harun (C.A) (M) / 03-5521 1691 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Encik Ahmad Nuhairi bin Ahmad Faisal / 03-5521 1693 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Encik Mohd Rafidi bin Mohd Saman / 03-5544 3373 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Encik Muhammad Zulhilmi bin Mohd Hanafiah / 03-5521 1692 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..my



7


Isu Teknikal Berkaitan Sistem Kewangan UiTM melalui Portal myfinancial.uitm.edu.my dan FAIS

Encik Mohd Zaffur bin Azahar Nazri (C.A) (M) / 03-5544 3398 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Encik Mohammad Noor Azizi bin Yaakob / 03-5521 1695 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Encik Amin Safuan bin Mohammad (C.A) (M) / 03-5544 3314 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Encik Mohd Hamka bin Mohd Salleh / 03-5544 3414 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


8


Pertanyaan dan Permasalahan Berkaitan Semakan dan Kelulusan Berhubung  Permohonan PKI


DigiPost 03-8800 8008 ATAU Klik SINI Untuk Soalan Lazim ATAU Klik SINI Untuk Panduan dan Pembelajaran.


9

Pertanyaan Berhubung Senarai Iklan Tawaran Perolehan UiTM
(Sebut Harga Rasmi dan Tender UiTM)


Boleh didapati di Kenyataan ATAU
Klik Tender/UiTM Seluruh Malaysia atau Sebut Harga Rasmi/UiTM Shah Alam
(Kerja dan Perkhidmatan) DAN
Klik Tender atau Sebut Harga Rasmi (Bekalan dan Perkhidmatan) / UiTM Seluruh Malaysia ATAU
Hubungi Pejabat Bendahari Kampus/Cawangan untuk Sebut Harga Rasmi (Kerja dan Perkhidmatan) atau Klik SINI (Klik pada Negeri berkaitan)

PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM FINeProcurementPLUS

Untuk pengenalan berhubung Sistem FINeProcurementPLUS, sila klik SINI.

Untuk bantuan bagi menghubungi pegawai berkaitan berhubung perolehan, sila klik SINI.

Untuk panduan dan pembelajaran berhubung tatacara penggunaan sistem, sila klik SINI.

BANTUAN DAN PANDUAN BERKAITAN PKI

Your text...

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN UiTM

Your Text

Your text...

SOALAN LAZIM BERKAITAN SISTEM PEROLEHAN UiTM - SISTEM FINePROCUREMENTPLUS

SOALAN 1: Saya merupakan Staf UiTM baru dan tidak pernah menghadiri kursus berkaitan Sistem FINeProcurementPLUS UiTM. Bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat berhubung sistem ini?

Untuk pemahaman berhubung pengenalan Sistem FINeProcurementPLUS, sila klik SINI.

Untuk panduan dan pembelajaran berhubung tatacara penggunaan sistem, sila klik SINI.

Untuk bantuan bagi menghubungi pegawai berkaitan berhubung perolehan, sila klik SINI.

SOALAN 2 : Saya terlupa kata laluan dan log masuk ke dalam Sistem FINePROCUREMENTPLUS UiTM?

Langkah 1 : Layari https://myfinancial.uitm.edu.my. Digalakkan menggunakan persekitaran web Mozilla Firefox.

 

Langkah 2 : Klik pada tab LOG MASUK1 dan pilih Staf2

Langkah 3 : Klik Lupa Laluan

Langkah 4 : Masukkan Enter Staff No (No Pekerja)1 dan Enter Alternate Email (Emel UiTM-Staff)2. Klik butang Hantar3. Sistem akan hantar kata laluan menerusi emel pengguna yang didaftarkan di dalam profail syarikat.

Langkah 4 : Semak emel. Log masuk melalui kata laluan yang diberi melalui emel tersebut.

Tamat wink

SOALAN 3 : Apakah tindakan yang perlu saya lakukan selepas Pesanan Tempatan UiTM di dalam Sistem FINePROCUREMENTPLUS UiTM mendapat kelulusan?

Your Text...

SOALAN 4 : Saya tidak dapat memilih maklumat di medan PTJ di menu sistem

LANGKAH 1 : Hubungi moderator di Pejabat Bendahari/ Unit Kewangan Zon di penempatan tuan/puan bagi memohon penetapan semula had capaian pengguna. Setelah penetapan had capaian pengguna dilakukan moderator di Pejabat Bendahari / Unit Kewangan Zon, teruskan ke langkah 2. 

LANGKAH 2 : Sila gunakan persekitaran web Mozilla Firefox. Log masuk ke dalam sistem. Klik Ikon1 dan pilih Tetapan Pengguna2


LANGKAH 3 :
Pilih yang berkaitan di medan Negeri1, Kampus2, PTJ3 dan klik butang Kemaskini4


LANGKAH 4 :
Klik butang Kembali1


Tamat wink

BAYARAN

SOALAN 1. SEMAKAN STATUS BAYARAN STAF : Saya ada membuat permohonan pendahuluan pelbagai, bagaimana saya ingin menyemak status permohonan bayaran?

Semakan status bayaran boleh dibuat melalui akses ke Fineportal atau melalui link berikut https://bursary.uitm.edu.my/infobyr/infobyrstaff/caris.asp

AMANAH

SOALAN 1. PROSES MEWUJUDKAN AKAUN AMANAH (TABUNG) : Saya telah diminta oleh Ketua PTJ untuk mewujudkan Akaun Amanah (Tabung). Apa yang perlu saya buat?

PTJ perlu menyediakan kertas kerja permohonan mewujudkan Akaun Amanah (Tabung) beserta draf Arahan Amanah (Trust Deed) Akaun Amanah (Tabung) yang hendak diwujudkan tersebut. Kemukakan kedua-dua dokumen tersebut kepada Sekretariat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK). Setelah mendapat surat kelulusan penubuhan Akaun Amanah tersebut dari dari Sekretariat JTK, kemukakan salinan surat kelulusan penubuhan dan Arahan Amanah bagi Akaun Amanah (Tabung) tersebut kepada Unit Kewangan Zon / Pejabat Bendahari Kampus Cawangan.

SOALAN 2. PROSES MEWUJUDKAN AKAUN AMANAH (TABUNG) : Saya perlu menyediakan Draf Arahan Amanah (Trust Deed) bagi Akaun Amanah (Tabung) baru. Di mana saya boleh dapatkan softcopy atau format Arahan Amanah yang terkini.

Untuk semakan maklumat trust deed Amanah, sila akses ke FinEPortal dan pilih FinEPekeliling untuk semakan dokumen berkaitan

SOALAN 3. PROSES MEWUJUDKAN AKAUN AMANAH (TABUNG) : Saya yang merupakan Ketua Unit Kewangan Zon / Pejabat Bendahari Kampus Cawangan telah menerima salinan surat kelulusan penubuhan Akaun Amanah (Tabung) dan Arahan Amanah dari PTJ. Apa yang perlu saya buat?

Unit Kewangan Zon / Pejabat Bendahari Kampus Cawangan perlu mengemukakan kedua-dua dokumen tersebut kepada Jabatan Pengurusan Akaun Amanah (JPAA) dan membua permohonan untuk mewujudkan kod Akaun Amanah (Tabung) tersebut di dalam FAIS (Financial Accounting Integrated System)

SOALAN 4. PROSES MEWUJUDKAN AKAUN AMANAH (TABUNG) : Apa pula tindakan Jabatan Pengurusan Akaun Amanah (JPAA) setelah menerima salinan surat kelulusan penubuhan Akaun Amanah (Tabung) dan Arahan Amanah dari Unit Kewangan Zon / Pejabat Bendahari Kampus Cawangan?

Jabatan Pengurusan Akaun Amanah (JPAA) akan memuatnaik salinan surat kelulusan penubuhan Akaun Amanah (Tabung) dan Arahan Amanah tersebut di dalam FinEPortal dan seterusnya mewujudkan kod Akaun Amanah (Tabung) di dalam FAIS (Financial Accounting Integrated System)