TAKLIMAT FINeProcurementPLUS v2 : MODERATOR PEJABAT BENDAHARI

 

 

Sistem Perolehan UiTM kini telah dinaiktaraf kepada Versi 2. Melalui Versi 2 ini terdapat perubahan serta penambahbaikan sistem yang telah dilakukan berbanding Versi sebelum ini. 

Lanjutan itu, satu taklimat FINeProcurementPLUS v2 berlangsung selama tiga (3) hari pada 22/06/2022, 23/06/2022 dan 27/06/2022 bertempat di Bilik Latihan 2, Pejabat Bendahari, UiTM Shah Alam memfokuskan kepada Moderator di kalangan staf Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA. Ia dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Akaun dan Sistem Kewangan dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Perolehan dan Aset dan Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf Pejabat Bendahari.

Tujuan taklimat adalah memberikan pendedahan serta pemahaman dalam mengawal selia urusan perolehan UiTM ini melalui sistem berdasarkan versi terkini. Penerangan secara menyeluruh telah disampaikan oleh Encik Ibrahim Fadzly bin Harun selaku Penolong Bendahari Kanan dari Unit FINeProcurementPLUS, Jabatan Pengurusan Akaun dan Sistem Kewangan, Universiti Teknologi MARA.

 

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Cik Junita Jamaludin C.A (M), ACMA, CGMA selaku Ketua Timbalan Bendahari dari Jabatan Pengurusan Akaun dan Sistem Kewangan merangkap Ketua kepada Pembangunan Sistem Kewangan UiTM dan Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf Pejabat Bendahari.

Peserta taklimat adalah terdiri daripada Moderator dikalangan Staf Pejabat Bendahari dari Unit Kewangan Zon dan UiTM Cawangan/Kampus. Rata-rata daripada mereka yang terlibat melahirkan rasa syukur dan sukacita kerana diberi peluang menyertai taklimat ini. Taklimat ini memberi mereka pendedahan untuk berdepan dengan pengguna dari Pusat Tanggungjawab masing-masing berhubung tatacara penggunaan FIneProcurementPLUS Versi 2 yang terdapat penambahbaikan serta perubahan dari segi peranan pengguna dan proses.

Pencerahan kepada slaid taklimat ini telah dimuatnaik di Web ini dan boleh dilayari sepenuhnya dengan klik SINI.

FINeProcurementPLUS v2 :  Penambahbaikan Berterusan, Satu Kelangsungan Transformasi, Demi Kepuasan Pelanggan.