Menerima kunjungan dari Suruhanjaya Pemeriksaan dan Perundingan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi pemeriksaan terhadap amalan, sistem dan tatacara pengurusan kewangan akaun amanah di UiTM pada 24 Januari 2022 (Isnin). Taklimat ini adalah mengenai pengurusan Kewangan Akaun Amanah yang disampaikan oleh Pn. Huslinda Binti Husaini, Timbalan Bendahari Kanan (W52) dari Jabatan Pengurusan Akaun Amanah, Pejabat Bendahari UiTM.
Dari taklimat ini wakil-wakil SPRM mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Bendahari di atas penerangan berkenaan amalan, sistem dan tatacara Pengurusan Kewangan Akaun Amanah di UiTM. Lawatan ini bertujuan bagi membuat perbandingan amalan proses kewangan akaun amanah di antara Jabatan Bendahari di Univerisiti lain dan Badan Berkanun yang sediakan dinegara.