PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO MS 9001:2015

 

 

Pejabat Bendahari UiTM telah menerima pensijilan ISO 9001:2015 daripada LRQA pada 11 Februari 2022 dalam skop Pengurusan Kewangan. Ini selaras dengan Objektif Pejabat Bendahari untuk mencapai pengurusan kewangan terbaik dan penyampaian perkhidmatan pelanggan yang berkualiti. Skop pensijilan tersebut merangkumi pelaksanaan 8 Prosedur Pengurusan dan 37 Prosedur Operasi.

Dasar Kualiti
Melaksanakan sistem pengurusan kewangan secara profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, perlaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional. KUALITI UNTUK SEMUA, AKAUNTABILITI BERSAMA adalah merupakan teras perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Objektif Kualiti

  1. Semua proses penyampaian perkhidmatan kewangan menepati Piagam Pelanggan yang ditetapkan
  2. Pengurusan perakaunan universiti dilaksana, dikawal, direkod mengikut piawaian, prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
  3. Tahap kepuasan hati pelanggan amat baik dan cemerlang di mana peratusan aduan berasas yang memerlukan tindakan tidak melebihi 20%
  4. Staf yang melibatkan diri dalam aktiviti penambahbaikan melebihi 80%.

Pensijilan ISO

Badan Pensijilan : Lloyd's Register Quality Assurance Ltd (LRQA)

Kriteria Pensijilan
Tempoh
Pejabat
Skop Perlaksanaan
Aktiviti Teras
Bilangan Prosedur
Pensijilan ISO
9001: 2000
7 September 2006 -
6 September 2009
Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam Penyampaian Perkhidmatan Kewangan Universiti
  1. Belanjawan
  2. Bayaran
  3. Perolehan
  4. Akaun dan Sistem
  5. Penerimaan
  6. Pengurusan Harta Benda
  7. Kemudahan Staf
  8. Pendahuluan dan Pelarasan
  • 12 Prosedur Pengurusan
  • 23 Prosedur Operasi
Pensijilan ISO
9001 : 2000
14 Ogos 2008 -
6 September 2009
Pejabat Bendahari UiTM Cawangan mendapat pensijilan yang sama dengan PBUiTM Shah Alam Penyampaian Perkhidmatan Kewangan Universiti
  1. Belanjawan
  2. Bayaran
  3. Perolehan
  4. Akaun dan Sistem
  5. Penerimaan
  6. Pengurusan Harta Benda
  7. Kemudahan Staf
  8. Pendahuluan dan Pelarasan
  • 12 Prosedur Pengurusan
  • 23 Prosedur Operasi
Pensijilan ISO 9001:2008

7 Oktober 2009 -
6 September 2012

Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam dan Kampus Cawangan / Satelit / Kota Pengurusan Kewangan Universiti
  1. Belanjawan
  2. Bayaran
  3. Perolehan
  4. Akaun dan Sistem
  5. Penerimaan
  6. Pengurusan Harta Benda
  7. Kemudahan Staf
  8. Pendahuluan dan Pelarasan
  9. Pentadbiran
  • 12 Prosedur Pengurusan
  • 41 Prosedur Operasi
Pensijilan ISO 9001:2008
November 2012 -
6 September 2015
Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam dan Kampus Cawangan / Satelit / Kota Sistem Pengurusan Kualiti
  1. Belanjawan
  2. Bayaran
  3. Perolehan
  4. Akaun dan Sistem
  5. Penerimaan
  6. Pengurusan Harta Benda
  7. Kemudahan Staf
  8. Pendahuluan dan Pelarasan
  9. Pentadbiran
  • 12 Prosedur Pengurusan
  • 41 Prosedur Operasi