TEMPAT KETIGA : PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL INTEGRITI PEJABAT BENDAHARI

 

 

 

INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Karya : PN NURKAMARUSYANI BINTI MOHD ZAIN (CA) (M) | PEJABAT BENDAHARI UiTM RAUB

 

Integriti diterjemahkan sebagai kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan di dalam Kamus Dwibahasa keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka 1985. Perkataan yang dipinjamkan dari Bahasa lnggeris ini menjadi satu titik penting keutuhan moral di sesebuah jabatan/organisasi di Malaysia buat masa kini.

Lihat sahaja kepada usaha-usaha penubuhan unit-unit integriti di jabatan dan badan-badan kerajaan. la jelas menunjukkan kesedaran ramai pihak betapa penting pelaksanaan integriti dalam operasi seharian jabatan. la selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6/2013 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 24 Julai 2013, mengenai Penubuhan Unit Integriti di semua Agensi Awam. UiTM juga tidak ketinggalan menyahut usaha kerajaan dengan penubuhan Unit Integriti pada tanggal 1 Januari 2014. Manakala Pejabat Bendahari pula menubuhkan Jawatankuasa Integriti bagi menyokong pelaksanaan integriti di peringkat jabatan Apa yang dimaksodkan dengan integriti dalam perkhidmatan awam? Integriti secara umumnya adalah kualiti unggul vang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan sesebuah organisasi, lsu integriti berkait rapat dengan isu etika dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang dan sesebuah organisasi. Integriti dalam perkhidmatan awam pula merujuk kepada apabila seseorang menjawat apa sahaja jawatan yang diamanahkan dalam perkhidmatan kerajaan, penjawat awam terbabit perlu bertindak secara jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Prestasi sesuatu jabatan dinilai melalui tahap integriti stafnya. Utuhnya integriti maka jabatan akan lebih berdaya saing dan berpeluang untuk terus ke hadapan. Ini kerana jabatan tidak terikat dengan mana-mana aktiviti yang mengekang jabatan untuk bertindak mengikut landasan yang betul. Lihat sahaja laporan-laporan berita di media perdana hari ini. Mana-mana jabatan yang ada terlibat dengan rasuah contohnya tidak terkecuali dari jawatan pihak SPRM. Sentiasa diperhatikan walaupun hanya sebahagian kecil yang terlibat. Ini jelas menunjukkan integriti dalam perkhidmatan awam adalah tanggungjawab semua pihak tanpa mengira pangkat. Pendek kata setiap komponen jabatan adalah bertanggungjawab terhadap pelaksanaan integriti sebagaimana dinyatakan dalam Pelan Integriti Nasionanl (PIN). Pelan yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertujuan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan yang disertakan dengan amalan prinsip- prinsip integriti akan dapat memastikan segala peruntukan yang diberikan kepada setiap agensi, program, aktiviti atau projek dapat disalurkan kepada pihak yang sepatutnya tanpa menghadapi risiko ketirisan atau kebocoran. Pelaksanaan ini dapat dijayakan dengan disiplin yang tinggi oleh individu di sesebuah jabatan. Dengan disiplin sahaja, secara tidak langsung praktis lain akan dipatuhi terutama melibatkan nilai dan etika. Pelaksanaan kerja yang betul pada permulaan, pasti akan menghasilkan output yang sempurna sebagaimana memetik kata- kata Leon Brown ’ Do the right thing no matter what others say, it is you, not them to face the consequences”.

Ketirisan sumber kerajaan hasil daripada tindakan tidak berintegriti boleh mewujudkan impak yang besar. Paling jelas dapat dilihat kerugian dipihak kerajaan. Hasil yang dijana kerajaan dibelanjakan ke saluran yang tidak sepatutnya. Pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengaut keuntungan berganda dengan perkhidmatan yang diberikan tidak patuh kepada arahan kerajaan. Ini memberi kerugian besar tidak sahaja kepada pihak kerajaan, malah kepada masyarakat secara keseluruhan apabila perkhidmatan yang ditawarkan tidak menepati kehendak pengguna.

Bukan sahaja isu perolehan, malah isu kecil di jabatan juga boleh membawa kerugian besar kepada kerajaan apabila pegawai tidak berintegriti. Sebagai contoh kehadiran yang tidak patuh pada waktu, menggunakan peralatan pejabat untuk kegunaan peribadi, menggunakan waktu pejabat untuk menguruskan urusan peribadi dan menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan diri sendiri. Sedan9 pegawai ini dibayar gaji penuh setiap bulan namun kerajaan tidak mendapat perkhidmatan penuh daripada pegawai berkenaan untuk bayaran yang telah dibelanjakan.

Dilihat pula dari konsep keagamaan, amalan integriti ini telah wujud semasa zaman Rasulullah S.A.W. Renung sahaja pada sirah-sirah nabi, betapa Rasulullah mementingkan integriti dalam kehidupan seharian. Paling jelas, Rasulullah terkenal dengan sifat amanah yang merupakan komponen paling penting dalam integriti. Sehingga baginda digelar Al-Amin berikutan sifat amanah Baginda yang disanjung umat islam malah dihormati oleh penganut agama lain. Sebagai seorang muslim, kita telah diajar melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat. Sebagaimana terjemahan Sura An-Nisa' ayat 58: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." Apabila semua peraturan dipatuhi dalam pelaksanaan tugas walaupun tanpa kehadiran ketua jabatan atau juruaudit, maka jelas integriti telah wujud secara tidak langsung.

Kerajaan juga telah menghasilkan pelbagai panduan bagi memberi panduan pelaksanaan integriti oleh penjawat awam. Selain pelaksanaan dasar dan polisi, pihak kerajaan juga mengeluarkan banyak pekeliling perkhidmatan awam bagi memberi garis panduan kepada setiap penjawat untuk membudayakan sikap integriti dalam melaksanakan sesuatu tugas atau amanah yang diberikan kepada mereka seperti Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. Bil. 1. 2008, Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. Bil. 1 2009, Penambahbaikan Proses Pengurusan Aduan Awam, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil. 2, 1996, Panduan Melaksanakan ISO 9000: 2000, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5, 2007. Panduan Pengurusan Pejabat dan lain-lain lagi. Namun panduan sekadar tinggal panduan sekiranya ia hanya dipandang sepi dan tidak diterapkan dalam pelaksanaan tugas seharian.

Akhir kata, Allah telah menurunkan perintahNya, Rasul juga telah menyampaikan wahyunya, kerajaan telah menggariskan peraturannya, jabatan/organisasi juga telah mewujudkan panduannya, hanya tinggal kita sebagai penjawat awam untuk merealisasikan pelaksanaan integriti dalam perkhidmatan awam. Kenapa perlu diikut perintahNya? Kerana kita adalah hamba. Kenapa perlu patuh peraturan kerajaan? Kerana kita adalah government servant. Patuh kepada agama, ganjarannya di akhirat akan dihitung. Namun patuh atau tidak kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa, ganjaran setiap bulan tidak pernah tertunda. Bagi mendapatkan ganjaran yang halal, integritilah kuncinya.

 

Rujukan :

Utusan Online : 26/03/16 : Artikel tulisan MUZAFFAR SYAH MALLOW Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang—Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Profil Perkhidmatan Awam (JPA)

Laman sesawang Unit lntegriti UiTM

 

Integrity is doing the right thing, even when no one is watching - C. S. Lewis