PENCAPAIAN SIGNIFIKAN PEJABAT BENDAHARI

 

 

 

FINePay atau UiTM Payment Gateway merupakan sebuah platform bayaran secara atas talian yang dibangunkan di peringkat dalaman UiTM tanpa melibatkan sebarang kos. Ia dapat membantu Pusat Tanggungjawab menjana pendapatan melalui kutipan derma atau sumbangan dan kutipan caj yuran daripada penganjuran seminar /kursus. Selain itu, urusan wakaf, sedekah, pembiayaan kepada Projek Tanggungjawab Sosial Koprorat (CSR) UiTM turut menjadi sasaran kepada objektif pembangunan FINePay atau UiTM Payment Gateway ini.

Penerimaan adalah secara terus ke dalam Akaun Bank UiTM tanpa melibatkan penerimaan tradisional melalui kaunter tunai.

Setakat ini, lebih daripada 1,000 projek telah diwujudkan melalui platform FINePay atau UiTM Payment Gateway.

Manakala lebih daripada 100,000 rekod bayaran telah diterima.

UiTM sentiasa mengalu-alukan penyertaan ramai untuk bersama-sama meningkatkan lagi kutipan bagi menampung keperluan di peringkat Universiti Teknologi MARA.

Sila klik pada poster di atas untuk mendapatkan paparan skrin seperti di bawah ATAU klik pautan ini https://uitmpay.uitm.edu.my/ dalam bersama kita membantu mereka yang memerlukan. #kitabantukita