JOHOR, 9 Oktober 2025 – Bahagian Hartanah, Jabatan Bendahari telah mengadakan sesi lawatan tapak pada 9 Oktober 2025 bagi Cadangan Living Lab MyCEO Plantation UiTM bertempat di Negeri Johor. Susulan daripada Bengkel Living Lab MyCEO Plantation UiTM yang telah diadakan pada 23-25 September 2025 memutuskan satu lawatan tapak perlu diadakan untuk memberi gambaran sebenar keadaan fizikal di tapak dan seterusnya menjalankan kajian bentuk muka bumi, kebersesuaian pemasangan panel solar dan perancangan Pembangunan di tapak berkenaan.
|
Lawatan tapak ini telah dihadiri oleh wakil Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Tuan Haji Ghazali Hizam, Setiausaha Bahagian Pembangunan KPT, Encik Muhammad Afi Syazani Ramle, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan KPT dan juga pengurusan tertinggi UiTM Cik Junita Jamaludin, Bendahari UiTM. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hj. Mohd Rasdi bin Hj. Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka, YBrs. Prof. Madya Ts Dr Shamsiah Abdullah, Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Sr Adibah Abdul Mutalib, Timbalan Pengarah Bahagian Hartanah, Ts. Ahmad Shahrizan Mohamad Esman, Ketua Bahagian Fasiliti UiTM Cawangan Johor, Ts. Mohd Khairul Izwan Mohd J. Makir, Timbalan Bendahari Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pahang dan Hj Zul Khafiz Mohd Khalid, Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan. Turut serta dalam lawatan ini adalah wakil Sains Ukur dan Geomatik daripada Fakulti Alam Bina UiTM Shah Alam, wakil Unit Pengurusan Ladang daripada Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Cawangan Melaka dan juga wakil teknikal daripada Jabatan Pembangunan serta wakil Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dan juga Kampus Pasir Gudang. Secara keseluruhannya objektif lawatan tapak ini tercapai dimana ahli yang terlibat dalam lawatan ini mendapat gambaran yang lebih jelas untuk merancang cadangan komponen pembangunan dan pelan perancangan pembelajaran untuk pembangunan Living Lab MyCEO Plantation UiTM. Penulis : SHARIA NADIRAH BT MOHAMMED RODZI Editor : Sr. MOHD ZULHILMI SALLEH |


