
|
23-25 September 2025, ILD Bandar Enstek – Bengkel Pelaburan Hartanah bersama cadangan penubuhan Living Lab MyCEO Plantation UiTM telah diadakan pada 23 hingga 25 September 2025 bertempat di Bilik Bestari 1, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Bandar Enstek. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Hartanah, Jabatan Bendahari UiTM dengan sokongan pelbagai jabatan strategik. Objektif utama bengkel ini adalah untuk merangka model perniagaan yang sesuai dengan hala tuju Pelan Perancangan Strategik UiTM serta menghasilkan dokumen kontrak berpandukan model perniagaan yang dipersetujui bersama. Sebelum pelaksanaan bengkel, siri mesyuarat telah diadakan dengan penglibatan Jabatan Bendahari, UiTM Cawangan Melaka, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Research Nexus UiTM (ReNeU), Bahagian Hartanah serta Jabatan Pembangunan. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada cadangan penubuhan Living Lab pertama UiTM yang bakal dikenali sebagai MyCEO Plantation UiTM. Bengkel telah dihadiri pengurusan tertinggi UiTM iaitu Cik Junita Jamaludin, Bendahari UiTM. Turut serta dalam bengkel tersebut ialah Profesor Datuk Ts. Dr. Hj. Mohd Rasdi bin Hj. Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka, Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Research Nexus UiTM, Prof. Madya Ts Dr Shamsiah Abdullah, Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Puan Noor Alzura Alang Idris, Pengarah Bahagian Kewangan Korporat, Sr Mohd Zulhilmi Salleh, Pengarah Bahagian Hartanah, Ts. Mohammed Izrai Abd Razak, Jabatan Pembangunan, Ts. Ahmad Shahrizan Mohamad Esman, Bahagian Fasiliti UiTM Johor, Ts. Mohd Khairul Izwan Mohd J. Makir, Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pahang, Encik Shamsudin Ismail, Unit Pengurusan Ladang UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Peserta bengkel lain yang terlibat adalah staf Jabatan Bendahari UiTM Shah Alam dan UiTM Cawangan Melaka, Jabatan Pembangunan dan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi. Antara perkara yang dibincangkan termasuk peranan sektor perladangan, cadangan pembinaan stesen penyelidikan, mekanisme tadbir urus serta kerjasama bersama rakan strategik bagi memperkukuh pelaksanaan Living Lab MyCEO Plantation UiTM. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif penganjuran dengan maklum balas positif daripada peserta. Hasil dan resolusi bengkel akan dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi UiTM bagi kelulusan serta tindakan selanjutnya ke arah menjayakan aspirasi MyCEO Plantation UiTM. Penulis : SHARIA NADIRAH BT MOHAMMED RODZI Editor : Sr. MOHD ZULHILMI SALLEH |


