Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Penyampaian Anugerah Khas Bendahari UiTM

 

  

18 Ogos 2025, Shah Alam – Dewan Muktamar 1, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam menyaksikan penganjuran Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2025 yang diserikan dengan penyerahan sijil Khidmat Setia 20 Tahun serta Anugerah Khas Bendahari.

Majlis gilang-gemilang ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Jabatan Bendahari (KKJB) dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Dasar Kewangan (BPDK) sebagai tanda penghargaan kepada warga dalam usaha untuk membudayakan semangat patriotisme di samping simbolik penghargaan kepada warga yang telah mencurahkan bakti setia kepada Jabatan Bendahari.

Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wawasan Setia Warga serta bacaan doa. Seterusnya, ucapan aluan oleh Pengerusi KKJB, Encik Mohd Zaffur Azahar Nazri, diikuti ucapan Bendahari UiTM, Cik Junita Jamaludin yang menekankan semangat kemerdekaan dan penghargaan kepada warga UiTM.

Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan yang meriah. Kibaran Jalur Gemilang, paluan kompang, serta nyanyian Lagu Kemerdekaan oleh seluruh hadirin secara tidak langsung memupuk rasa cintakan negara. Tidak lupa juga, tayangan montaj bertemakan kemerdekaan oleh KKJB turut dipersembahkan bagi mengimbau sambutan kemerdekaan Jabatan Bendahari yang penuh girang.

Selain pelancaran bulan kemerdekaan, majlis turut mengiktiraf jasa seramai 18 orang warga Jabatan Bendahari UiTM yang telah berkhidmat selama 20 tahun menerusi penyerahan sijil Khidmat Setia 20 Tahun. Penghargaan ini adalah simbolik yang mencerminkan dedikasi serta kesetiaan mereka dalam mendukung aspirasi universiti.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas Bendahari UiTM. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada warga Jabatan Bendahari yang menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan, integriti, inovasi, dan sumbangan luar biasa kepada organisasi. Sebanyak 8 kategori yang dipertandingkan bagi anugerah individu dan 5 kategori bagi Bahagian / Kampus Cawangan.

Pemenang bagi Kategori Individu:

Bil

Anugerah

Kumpulan

Pemenang

1

Anugerah Khidmat Komuniti Dan Kemasyarakatan

Pelaksana

Salman Fadzri bin Zaharin

2

Anugerah Staf Kreatif Dan Inovatif

Pengurusan dan Profesional

Noor Hidayah binti Rugani

3

Anugerah Staf Kreatif Dan Inovatif

Pelaksana

Mohd Azzuan bin Muhammad Azman

4

Anugerah Sukan Dan Rekreasi

Lelaki

Mohamad Zaki bin Musa

5

Anugerah Sukan Dan Rekreasi

Wanita

Nurul Farhana binti Mohd Zain

6

Anugerah Jaringan Kolaborasi

Pengurusan dan Profesional

Norhaida binti Awang

7

Anugerah Inspirasi Bendahari

Lelaki

Zamri bin Atan

8

Anugerah Inspirasi Bendahari

Wanita

Noor Shaidatul Ezza binti Mohd Fuzi

9

Anugerah Staf Harapan

Pengurusan dan Profesional

Nursyafiqah Ain binti Mohd Sohami

10

Anugerah Staf Harapan

Pelaksana

Muhammad Nur Aiman bin Mohd Sabil

11

Anugerah Tokoh Pentadbir

Pengurusan dan Profesional

Amirul Hafiz bin Bakri

12

Anugerah Kepimpinan Unggul

Pengurusan dan Profesional

Rosnani binti Abdul Razak

 

Pemenang bagi Kategori Bahagian / Kampus Cawangan:

Bil

Anugerah

Pemenang

1

Anugerah Khidmat Pelanggan Cemerlang

Bahagian Kewangan Kampus Arau

2

Anugerah Pengurusan Bajet Berkesan

Bahagian Kewangan Kampus Permatang Pauh

3

Anugerah Penjanaan Terbaik

Bahagian Kewangan Korporat

4

Anugerah Inovasi Kewangan

Bahagian Kewangan UiTM Cawangan Selangor

5

Anugerah Tadbir Urus Terbaik

Bahagian Perolehan Dan Aset

Majlis ini bukan sahaja meraikan jasa bakti warga UiTM, malah menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan terhadap tanah air seiring dengan sambutan bulan kemerdekaan.

 

Penulis : AINA SYAHIDA BINTI SUZAIMI

Editor : NORHAFIZAH BINTI CHE MAT C.A. (M)

Tarikh : 17/09/2025 | 12:02 PM