Pelaksanaan Amanat Bendahari 2025

 

Selaras dengan Fokus Kedua Amanat Bendahari UiTM 2025, Governan dan Kepimpinan menerusi Strategi 1: Penstrukturan Jabatan Bendahari, pergerakan dan penempatan warga telah pun dilaksanakan pada Fasa Pertama : Januari 2025 sehingga Jun 2025. Fasa pertama ini telah melibatkan 24 orang warga Jabatan Bendahari yang terdiri daripada 12 orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 12 orang dari Kumpulan Pelaksana.  

Warga Jabatan Bendahari yang terlibat adalah seperti berikut:

Rajah 1 : Kumpulan Pengurusan dan Profesional

 

RAJAH 1 : * Susunan warga pada rajah di atas adalah disusun mengikut tarikh kuatkuasa

BIL NAMA JAWATAN PENEMPATAN LAMA PENEMPATAN TERKINI KUATKUASA
1 Norhafizah Bt Che Mat C.A.(M) Timbalan Bendahari Kanan Unit Kewangan Zon 8 Bahagian Pentadbiran, Dasar dan Kualiti 15/04/2025
Norhaida Bt Awang C.A.(M), CHRM, MMIHRM  Timbalan Bendahari  ILD Bandar Enstek  UiTM Cawangan Melaka (Kampus Alor Gajah) 15/04/2025 
Mohd Hezri B Mohd Shafian C.A.(M)  Timbalan Bendahari Kanan Bahagian Kewangan Korporat   Unit Kewangan Zon 8 01/05/2025 
Amirul Hafiz B Bakri C.A.(M) Ketua Timbalan Bendahari  Bahagian Perolehan Dan Aset  UiTM Cawangan Selangor (Kampus Puncak Alam)  01/05/2025 
Nor Yusnita Bt Mohamed Yusoff C.A.(M)  Timbalan Bendahari Kanan Bahagian Gaji Dan Kewangan Staf   Bahagian Perolehan Dan Aset 01/05/2025 
Huslinda Bt Hussaini   Timbalan Bendahari Kanan Bahagian Akaun Amanah  Bahagian Gaji Dan Kewangan Staf  01/05/2025 
Khamarzul B Ahmad  Timbalan Bendahari  UiTM Cawangan Terengganu (Kampus Bukit Besi)  Unit Kewangan Zon 12   02/05/2025
Ahmad Helmi Izanee B Abdullah   Timbalan Bendahari UiTM Cawangan Perak (Kampus Seri Iskandar)  UiTM Cawangan Kedah (Kampus Sungai Petani)   04/05/2025
Hajar Aswati Bt Zamhari  Penolong Bendahari Kanan  Unit Kewangan Zon 12  Unit Kewangan Zon 9   01/06/2025
10 Norazni Bt Mohd Sani C.A.(M) Penolong Bendahari Kanan Unit Kewangan Zon 9 Unit Sistem, Bahagian Akaun Dan Sistem Kewangan 01/06/2025
11 Nur Faizahton bt Fisal Timbalan Bendahari UiTM Cawangan Perlis (Kampus Arau) Bahagian Akaun Amanah 01/06/2025
12 Nurhafiza bt Che Mahadzir Penolong Bendahari UiTM Cawangan Selangor (Kampus Puncak Alam) UiTM Cawangan Perak (Kampus Seri Iskandar) 01/06/2025

Rajah 2 : Kumpulan Pelaksana

 

RAJAH 2 : * Susunan warga pada rajah di atas adalah disusun mengikut tarikh kuatkuasa

BIL NAMA JAWATAN PENEMPATAN LAMA PENEMPATAN TERKINI KUATKUASA
1 Nik Nur Syahirah Bt Nik Osthman Penolong Akauntan Kanan Cuti Bahagian Kewangan Pelajar Dan Endowmen 15/01/2025
Norzaihan Bt Mat Sulaiman Penolong Akauntan Kanan Bahagian Pentadbiran Dan Dasar Kewangan Unit Kewangan Zon 1 01/03/2025

Norazreen Bt Abdul Kadir

Penolong Akauntan Unit Kewangan Zon 1 Bahagian Kewangan Penyelidikan Dan Perundingan 01/03/2025
Azlina Bt Md Sari Penolong Akauntan Bahagian Kewangan Penyelidikan Dan Perundingan Bahagian Perolehan Dan Aset 01/03/2025
Intan Shazwani Bt Shapie Penolong Akauntan Bahagian Perolehan Dan Aset Bahagian Gaji Dan Kewangan Staf 01/04/2025
Zeti Azita Bt Zainal Azami Penolong Akauntan Kanan Bahagian Kewangan Pelajar Dan Endowmen Bahagian Gaji Dan Kewangan Staf 07/04/2025
Fazliana Bt Bajuri Penolong Akauntan Bahagian Gaji Dan Kewangan Staf Bahagian Pentadbiran, Dasar dan Kualiti 01/05/2025
Mohamad Syazwan B Ismail Pembantu Tadbir Kewangan Unit Perolehan, Bahagian Perolehan Dan Aset Bahagian Belanjawan Universiti 04/06/2025
Norisham Bin Mohd Kasim Kerani Tertinggi Unit Aset, Bahagian Perolehan dan Aset UiTM Cawangan Selangor (Kampus Puncak Alam) 03/06/2025
10 Mohd Rafidi B Mohd Saman Penolong Akauntan Kanan   Bahagian Akaun Dan Sistem Kewangan Bahagian Pentadbiran Dan Dasar Kewangan   16/06/2025
11 Ahmad Hasbullah Bin Mohamad  Penolong Akauntan   Unit Aset, Bahagian Perolehan dan Aset  Seksyen Panggilan, Unit Perolehan, Bahagian Perolehan dan Aset 16/06/2025 
12 Che Nurul Asyiekin Aziate Bt Che Aziz Penolong Akauntan   Seksyen Panggilan, Unit Perolehan, Bahagian Perolehan dan Aset Unit Aset, Bahagian Perolehan dan Aset   16/06/2025

Disamping itu juga, pelaksanaan di atas adalah selari dengan Fokus Kedua Amanat Bendahari 2025, Governan dan Kepimpinan melalui pelaksanaan Strategi 3: penggiliran staf secara berstruktur. Strategi penempatan dan pertukaran tempat bertugas staf adalah sejajar dengan dasar dan garis panduan yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam disamping pelbagai inisiatif integriti yang diperkenalkan oleh kerajaan. Ianya penting untuk meningkatkan tahap kecekapan, integriti, dan keberkesanan sistem pentadbiran kerajaan.

Menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2013, "Dasar dan Prosedur Pertukaran Pegawai Awam" telah menyatakan :

  • Pertukaran adalah satu alat pengurusan sumber manusia yang penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berintegriti.
  • Keperluan pertukaran untuk tujuan:
    • Operasi perkhidmatan (mengisi kekosongan atau keperluan organisasi),
    • Pembangunan kerjaya (mendedahkan pegawai kepada pelbagai bidang tugas),
    • Integriti dan disiplin (mengelakkan konflik kepentingan atau penyalahgunaan kuasa).

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012 di bawah "Pelaksanaan Dasar Pemisahan Tugas" juga telah menekankan pentingnya pemisahan tugas sebagai langkah integriti, yang mana turut melibatkan pertukaran tempat bertugas secara berkala bagi mengelakkan pegawai terlibat terlalu lama dalam satu fungsi kritikal.

Selain itu, ia juga  berkait rapat dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti seperti yang diterapkan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) seperti berikut :

  • Strategi 6: "Meningkatkan Tadbir Urus dan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam"
  • Menyatakan keperluan pengurusan sumber manusia yang berasaskan prinsip ketelusan, merit, dan pertukaran berkala untuk jawatan berisiko tinggi.

Manakala, Etika Kerja Penjawat Awam (Berteraskan Piagam Pelanggan dan Akujanji) pula menyifatkan :

  • Pertukaran tempat bertugas menyokong pematuhan kepada Kod Etika Perkhidmatan Awam, khususnya dari segi:
    • Akauntabiliti,
    • Bebas daripada pengaruh luar,
    • Tanggungjawab terhadap organisasi dan rakyat.

Kesimpulannya, inisiatif penempatan, pergerakan dan pertukaran warga Jabatan Bendahari bukan sahaja wajar dari sudut pengurusan, tetapi juga wajib diimplementasikan dari segi dasar kerajaan dan etika kerja di UiTM. Ia merupakan satu langkah strategik yang selari dengan perkara berikut :

  • Dipandu oleh Pekeliling Perkhidmatan seperti Bil. 4/2013 dan Bil. 1/2012
  • Menyokong matlamat integriti nasional melalui Pelan Antirasuah
  • Meningkatkan akauntabiliti, kecekapan dan profesionalisme penjawat awam
  • Mengurangkan risiko penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan dan pembentukan kartel dalaman.

Berdasarkan penerangan kepada artikel di atas, secara tidak langsung ianya adalah selari dengan Fokus Kedua Amanat Bendahari 2025, Governan dan Kepimpinan, yang ditekankan di dalam Strategi 4 di mana perkongsian matlamat/ tujuan/ hala tuju secara inklusif dan berterusan kepada seluruh warga jabatan dilaksanakan bagi menjamin peningkatan kualiti di dalam sistem penyampaian Jabatan Bendahari UiTM.