PELAJAR : SOALAN LAZIM & BANTUAN

 

 

Sila klik pada tab atau seksyen yang berkaitan untuk maklumat lanjut berhubung bantuan dan soalan lazim.

SOALAN LAZIM

SOALAN 1 : Bagaimana cara untuk mengakses Portal Kewangan Pelajar? Mohon bantuan.

Jawapan:

Portal Kewangan Pelajar (Student Financial Services) boleh diakses melalui login iStudent Portal.

 

Sekiranya anda menghadapi masalah login ke iStudent Portal, sila rujuk senarai semak di bawah:

SOALAN 2 : Dimanakah boleh saya dapatkan struktur yuran?

Jawapan:

Struktur yuran boleh didapati berdasarkan status pendaftaran pelajar seperti berikut:

  • Bagi pelajar baru yang masih belum mendaftar dan belum membuat proses setuju terima tawaran pengajian, struktur yuran boleh dimuat turun dari Laman Utama Pelajar di laman web rasmi Pejabat Bendahari melalui pautan berikut: Struktur Yuran Perdana
  • Bagi pelajar yang telah mendaftar dan berstatus aktif, surat pengesahan yuran boleh dijana melalui login iStudent Portal, dengan merujuk panduan berikut:

    Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Kutipan Yuran / Bil Pelajar yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kadar yuran.   

SOALAN 3 : Bila tarikh akhir bayaran yuran pengajian?

Jawapan:

Tarikh akhir bayaran yuran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

Kalendar Akademik UiTM

SOALAN 4 : Kenapa permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP saya ditolak?

Jawapan:

Kelulusan permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP.

Di antara punca permohonan ditolak yang kerap berlaku adalah disebabkan oleh maklumat bil (Bagi permohonan pembayaran bil yang belum dibayar) dan maklumat resit (Bagi permohonan pembayaran bil yang telah dibayar) yang tidak tepat.

Sehubungan itu, saudara / saudari pelajar perlu lebih berhati-hati ketika mengisi borang permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP.

Panduan permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP, boleh dirujuk melalui pautan berikut:

Panduan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP (English)

Panduan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP (Malay)

Syarat kelayakan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP, boleh dirujuk melalui pautan berikut: Syarat Kelayakan Pengeluaran iAkaun KWSP

Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Pengeluaran Pendidikan KWSP yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan pengeluaran KWSP.

SOALAN 5 : Bagaimana untuk saya membuat permohonan pembatalan bil yuran kolej?

Jawapan:

Bil yuran kolej kediaman dijana oleh Unit Kolej di sistem eHEP.

Sehubungan itu, saudara / saudari pelajar perlu mengemukakan permohonan pembatalan bil yuran kolej kediaman kepada Unit Kolej masing-masing.

SOALAN 6 : Bagaimana cara untuk saya memohon pemulangan yuran?

Jawapan:

Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pemulangan yuran, permohonan boleh dibuat dengan mengisi google form melalui link berikut:

Borang Permohonan Pemulangan Yuran

 

 

Borang permohonan ini terpakai kepada semua pelajar KECUALI pelajar prasiswazah mod pengajian separuh masa di bawah seliaan iCEPS.

PERHATIAN!

Permohonan TIDAK AKAN DIPROSES sekiranya dokumen sokongan tidak lengkap / maklumat yang diisi tidak tepat.

Sila pastikan MAKLUMAT AKAUN BANK pelajar telah dikemaskini di Student Financial Portal. (Pastikan no. akaun bank adalah MILIK PELAJAR sahaja).

 

Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Pemulangan Yuran yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan pemulangan yuran.

SOALAN 7 : Saya pelajar Sepenuh Masa Lanjut Tempoh (SML). Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?

Jawapan:

 

Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

Kalendar Akademik UiTM

Sila hubungi pegawai Unit Kutipan Yuran / Bil Pelajar yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kadar yuran. 

SOALAN 8 : Saya pelajar Pascasiswazah. Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?

Jawapan:

 

Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

Kalendar Akademik UiTM

Sila hubungi pegawai Unit Kutipan Yuran / Bil Pelajar yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan kadar yuran. 

SOALAN 9 : Mengapa saya dikenakan tindakan gugur taraf?

Jawapan:

Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

Kalendar Akademik UiTM

SOALAN 10 : Bagaimana untuk membuat permohonan penangguhan pembayaran yuran pengajian?

Jawapan:

Permohonan penangguhan pembayaran yuran adalah mengikut peringkat pengajian.

Bagi pelajar prasiswazah (selain dari pelajar iCEPS):

Bagi mengelakkan pelajar dari digugur taraf, pelajar boleh mohon penangguhan bayaran yuran melalui sokongan / pengesahan pegawai UiTM seperti berikut:

  • NAIB CANSELOR; atau
  • TNC HEA ; atau
  • TNC HEP ; atau
  • PENGARAH KAMPUS ; atau
  • PENGARAH KAMPUS ; atau
  • PENGARAH iCEPS ; atau
  • DEKAN FAKULTI ; atau
  • DEKAN FAKULTI ; atau
  • DEKAN IPSIS

Tempoh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan bayaran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

Kalendar Akademik UiTM

Borang permohonan penangguhan pembayaran yuran pelajar prasiswazah boleh didapati dari link berikut:

Borang permohonan penangguhan pembayaran yuran undergrad

 Bagi pelajar pascasiswazah:

Sila layari laman Web berikut: edeferment IPSis

Bagi pelajar yang diluluskan permohonan untuk menangguhkan bayaran yuran, sila pastikan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan ini dipatuhi.

 

 

Sila hubungi pegawai Unit Kewangan Zon 7 yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan penangguhan bayaran yuran pelajar pascasiswazah.  

SOALAN 11 : Saya adalah pelajar tajaan. Bagaimana cara untuk membuat permohonan penangguhan pembayaran yuran?

Jawapan:

Pelajar tajaan tidak perlu memohon kelulusan bagi penangguhan bayaran (setiap semester sepanjang tempoh tajaan).

Berikut adalah Proses Penangguhan Bayaran Bagi Pelajar Tajaan:

 

Sila hubungi pegawai Unit Tajaan Tempatan / Antarabangsa yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan penangguhan bayaran yuran pelajar tajaan.

SOALAN 12 : Bagaimana cara untuk mencetak bil pelajar?

Jawapan:

SOALAN 13 : Bagaimana cara untuk membayar bil pelajar?

Jawapan:

 

Terdapat 4 mod pembayaran bil yang boleh dipilih:

  1. Kaunter Cawangan Bank Islam

Sila pastikan nama dan nombor bil dicetak di slip pembayaran bil

 

  1. Automated Teller Machine (ATM) Bank Islam
    • Pilih Menu > Lain > Pembayaran Bil / Yuran IPT
    • Masukkan > No. Kad Pengenalan Pelajar
    • Pilih > Bil Anda

 

  1. Perbankan internet Bank Islam
    • Layari www.bankislam.com.my
    • Klik butang "Login How" pada logo bankislam.biz dan tekan "OK".
    • Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki bankislam.biz.
    • Pilih "Bill Presentment" pada bahagian "Bill Payment".
    • Pilih "Universiti Teknologi MARA" pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
    • Klik butang "Next".
    • Skrin berikutnya akan menunjukkan senarai bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar.
    • Pilih bil yang hendak dibayar. Klik butang "Pay".
    • Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
    • Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran.
    • Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran.
    • Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
    • Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
    • Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah dibuat sebagai rujukan.

 

  1. VISA / Mastercard online
    • Mod pembayaran ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang tiada akaun Bank Islam untuk membuat pembayaran secara dalam talian.
    • Bagi pelajar yang mempunyai akaun Bank Islam, anda digalakkan untuk membuat pembayaran menggunakan perbankan internet Bank Islam.
    • Untuk pelajar yang tidak mempunyai akaun Bank Islam, pembayaran boleh dibuat melalui link berikut:

 

https://fpx.uitm.edu.my/byrnpel/bendahari/DisclaimerNewEdited.asp

Link Pembayaran Yuran Dalam Talian (Selain Bank Islam)

 

 

SILA PASTIKAN RESIT RASMI DICETAK DAN DISIMPAN UNTUK TUJUAN SEMAKAN / PENGESAHAN.

 

SOALAN 14 : Bagaimana cara untuk mengemaskini akaun bank di portal pelajar?

Jawapan:

SOALAN 15 : Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan maklumat tarikh-tarikh penting berkaitan pembayaran yuran yang perlu saya patuhi sebagai seorang pelajar?

Jawapan:

Tarikh-tarikh penting berkaitan pembayaran yuran boleh dirujuk pada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut:

Kalendar Akademik UiTM

SOALAN 16 : Boleh saya tahu, peraturan-peraturan yang perlu saya patuhi sebagai seorang pelajar?

Jawapan:

Saudara / saudari pelajar boleh merujuk kepada Peraturan Akademik yang sedang berkuatkuasa melalui pautan berikut: Peraturan Akademik

SOALAN 17 : Saya pelajar tajaan. Mohon UiTM untuk mengemukakan invois kepada penaja saya.

Jawapan:

Berdasarkan Dasar Pengurusan Pelajar Tajaan, UiTM tidak mengemukakan invois tuntutan kepada penaja kecuali bagi:

1. Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi

2. Tajaan bagi program yang mempunyai perjanjian usahasama di antara Fakulti / PTJ dengan agensi luar.

- Tidak tertakluk kepada program usahasama MARA bagi jumlah yuran pengajian persemester kurang daripada RM 15,000.00.

- Berdasarkan prosedur pembiayaan MARA, pihak MARA akan menyalurkan pembiayaan ke akaun bank milik pelajar sekiranya jumlah yuran pengajian persemester kurang daripada RM 15,000.00.

- Seterusnya, pelajar perlu membuat pembayaran yuran mengikut mod pembayaran yang dibenarkan. 

- Sila rujuk soalan lazim no. 13, bagi panduan pembayaran bil pelajar.

3. Tajaan MARA bagi jumlah yuran pengajian persemester lebih daripada RM 15,000.00

- Sila rujuk soalan lazim no. 23, bagi butiran proses pembayaran yuran pengajian pelajar tajaan MARA.

Berikut adalah Dasar Pengurusan Pelajar Tajaan UiTM:

 Sila hubungi pegawai Unit Tajaan Tempatan / Antarabangsa yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan pelajar tajaan.

SOALAN 18 : Semalam saya sudah mengisi borang permohonan pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP. Mengapa bil pengajian saya masih berstatus ‘Belum Dibayar’?

Jawapan:

Berikut adalah 3 maklumat penting berkaitan permohonan pengeluaran pendidikan KWSP sebagai rujukan pemohon:

1. Permohonan Pengeluaran Pendidikan KWSP perlu dibuat melalui i-Akaun KWSP.

  • Setiap permohonan pelajar melalui i-Akaun KWSP akan diberi maklum balas oleh sistem UiTM kepada sistem KWSP dalam tempoh 24 jam.
  • Kelulusan daripada UiTM hanya mengesahkan maklumat pelajar dan bil yang diisi oleh pencarum KWSP / pelajar melalui i-Akaun KWSP adalah tepat.
  • Manakala, kelulusan akhir pembayaran pengeluaran pendidikan KWSP adalah daripada pihak pembayar iaitu KWSP (bagi permohonan pengeluaran yang dibenarkan dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pembayar iaitu KWSP). Syarat Kelayakan Pengeluaran iAkaun KWSP
  • Justeru itu, sekiranya pelajar memerlukan pencerahan lanjut terhadap pengeluaran pendidikan KWSP, pelajar perlu menghubungi terus pihak KWSP.
  • Pihak kami dimaklumkan bahawa alasan penolakan turut dipaparkan di sistem i-Akaun KWSP (pelajar / ahli / pencarum KWSP perlu membuat semakan status permohonan pengeluaran pendidikan KWSP melalui i-Akaun KWSP).

2. Bil pelajar akan dikemaskini di FinEPortal pelajar dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima maklumat lengkap bayaran daripada pihak KWSP.

  • Pihak kami dimaklumkan oleh pihak KWSP bahawa proses pembayaran KWSP kepada institusi pengajian (UiTM) mengambil masa 14-21 hari bekerja.
  • Dalam tempoh itu, sekiranya akaun KWSP pelajar (pencarum KWSP) telah memaparkan transaksi penolakan bayaran, pihak universiti dianggarkan untuk menerima bayaran tersebut dalam tempoh 5 hari kemudian.

3. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat

  • Mohon kerjasama daripada pelajar yang ingin membuat permohonan pengeluaran pendidikan KWSP bagi tujuan pembayaran yuran UiTM dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lengkap bil DAN merujuk Panduan Pengeluaran Pendidikan (i-Akaun) KWSP sepertimana yang terdapat di FinePortal Pelajar terlebih dahulu bagi memudahkan proses mengisi maklumat bil di i-Akaun KWSP.
  • Panduan permohonan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP, boleh dirujuk melalui pautan berikut:

    Panduan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP (English)

    Panduan Pengeluaran Pendidikan iAkaun KWSP (Malay)

Saudara / saudari pelajar boleh menghubungi pegawai Unit Pengeluaran Pendidikan KWSP yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan permohonan pengeluaran KWSP. 

 

SOALAN 19 : Bagaimana saya hendak membuat semakan pembayaran yang telah diproses oleh UiTM kepada saya?

Jawapan:

1. Semakan pembayaran yang diproses secara individu:

  • Semakan boleh dibuat melalui login iStudent Portal, klik ‘Student Financial Services’ dan klik menu ‘Info Bayaran’.

2. Semakan pembayaran yang diproses secara bulk:

  • Semakan boleh dibuat melalui login iStudent Portal, klik ‘Student Financial Services’ dan klik menu ‘Semakan Bayaran Prihatin Nasional / Refund’.

SOALAN 20 : Saya telah membayar yuran pada pukul 9 pagi (15 saat tadi). Mengapa status bil saya di portal masih berstatus ‘Belum Dibayar’?

Jawapan:

Bayaran akan dikemaskini di lejar pelajar dan boleh disemak dalam tempoh:

  - Selewat-lewatnya 2 hari (Kaunter BIMB, ATM, CDM)

  - Selewat-lewatnya 2 - 7 hari (VISA / Mastercard Online, BIMB internet banking)

 

SOALAN 21 : Saya ingin menarik diri dari pengajian. Apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan:

Sekiranya saudara / saudari pelajar:

1. Pelajar baru yang balum mendaftar dan belum membuat proses setuju terima surat tawaran pengajian UiTM (Berstatus 5C), pelajar perlu:

  • Memaklumkan kepada Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar melalui emel rasmi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., untuk tujuan pembatalan bil (Sekiranya belum membayar yuran).

atau

2. Pelajar baru yang telah mendaftar dan telah membuat proses setuju terima surat tawaran pengajian UiTM, pelajar perlu mengisi Borang Menarik Diri serta mendapatkan pengesahan daripada semua Jabatan / Unit yang terlibat terlebih dahulu (Seperti yang dinyatakan pada borang tersebut), seterusnya mengemukakan borang tersebut kepada Pejabat Bendahari untuk pengesahan.

  • Sekiranya pelajar memohon menarik diri dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran (Surat Tawaran), pelajar layak:

- Diberi pemulangan Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan pada kadar 80% (Sekiranya telah membayar yuran).

atau

- Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan dikemaskini pada kadar 20%. (Sekiranya belum membayar yuran).

  • Sekiranya pelajar memohon menarik diri selepas tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran (Surat Tawaran), pelajar tidak layak mendapat pengurangan yuran pada kadar Menarik Diri.

3. Pelajar lama yang telah mendaftar, pelajar perlu mengisi Borang Menarik Diri serta mendapatkan pengesahan daripada semua Jabatan / Unit yang terlibat terlebih dahulu (Seperti yang dinyatakan pada borang tersebut), seterusnya mengemukakan borang tersebut kepada Pejabat Bendahari untuk pengesahan.

  • Sekiranya pelajar memohon menarik diri dalam tempoh 30 hari dari tarikh kuliah bermula bagi sesi menarik diri, pelajar layak:

- Diberi pemulangan Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan pada kadar 80% (Sekiranya telah membayar yuran).

atau

- Yuran Pengajian dan Yuran Perkhidmatan dikemaskini pada kadar 20%. (Sekiranya belum membayar yuran).

  • Sekiranya pelajar memohon menarik diri selepas tempoh 30 hari dari tarikh kuliah bermula bagi sesi menarik diri, pelajar tidak layak mendapat pengurangan yuran pada kadar Menarik Diri.

4. Pelajar lama yang belum mendaftar, pelajar perlu mengisi Borang Menarik Diri serta mendapatkan pengesahan daripada semua Jabatan / Unit yang terlibat terlebih dahulu (Seperti yang dinyatakan pada borang tersebut), seterusnya mengemukakan borang tersebut kepada Pejabat Bendahari untuk pengesahan.

  • Sekiranya pihak fakulti mengesahkan bahawa pelajar tidak mendaftar dan tidak menjalani sesi kuliah pada semester pelajar memohon menarik diri, pelajar layak:

- Diberi pemulangan 100% yuran (Sekiranya telah membayar yuran).

atau

- Pembatalan bil (Sekiranya belum membayar yuran).

Borang Menarik Diri boleh didapati daripada Pegawai Akademik di fakulti masing-masing. Pegawai Akademik

SOALAN 22 : Saya mengalami masalah kewangan. Saya tidak mampu untuk membayar yuran. Apa yang patut saya lakukan?

Jawapan:

Bagi pelajar Kampus Shah Alam dan Cawangan Selangor yang mengalami masalah kewangan, pelajar boleh menghubungi pegawai di Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar melalui link berikut. Manakala bagi pelajar kampus cawangan selain Kampus Shah Alam dan Cawangan Selangor, perlu merujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) di kampus masing-masing:

Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar

 

 

Berikut adalah senarai bantuan kewangan bagi pelajar pascasiswazah: Scholarships and Financial Assistance For Postgraduate Students

UiTM Postgraduate Assistance (UPTA) Click here

Conference Support Fund (CSF) Click here

Journal Support Fund (JSF) Click here

 

Panduan permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS)