SIJIL AUDIT BERSIH

 

SIJIL AUDIT BERSIH 2021, BUKTI PENGURUSAN KEWANGAN KEJAT UITM

UiTM telah Berjaya mendapat sijil audit bersih untuk kali ke-22 berturut-turut dalam pengauditan Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021.

Ketua Audit Negara dalam laporannya berpendapat bahawa Penyata Kewangan UiTM dan Kumpulan telah memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan pada 31 Disember 2021 dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) dan Akta Universiti Teknologi MARA 1976.

Pencapaian ini membuktikan kesungguhan seluruh warga UiTM dan warga Pejabat Bendahari khususnya dalam memastikan pengurusan kewangan yang kejat, cekap dan berkesan. Tahniah!