BENGKEL UAT SISTEM FINeProcurementPLUS (PEROLEHAN KERJA DAN PERKHIDMATAN FASILITI UiTM)

 

 

FINeProcurementPLUS v2 :  Penambahbaikan Berterusan, Satu Kelangsungan Transformasi, Demi Kepuasan Pelanggan. 

Sistem Perolehan UiTM kini telah dinaiktaraf kepada Versi 2 dan telah digunapakai sepenuhnya bagi urusan yang melibatkan perolehan bekalan. Pelbagai usaha, inisiatif serta penambahbaikan yang berterusan dilakukan demi menjamin Sistem FINeProcurementPLUS UiTM ini terus kekal relevan merentasi era dan zaman. Kini, Sistem FINeProcurementPLUS UiTM akan melalui fasa naiktaraf dan pembangunan bagi perolehan kerja dan perkhidmatan fasiliti UiTM pula.  

Lanjutan itu, satu Bengkel FINeProcurementPLUS telah berlangsung selama empat (4) hari bermula pada 20 September 2022 hingga 23 September 2022 bertempat di Bilik Latihan 2, Pejabat Bendahari, UiTM Shah Alam memfokuskan kepada pengguna sistem dari kalangan staf Pejabat Pengurusan Fasiliti dan Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA.

Di dalam bengkel ini, pengguna dapat mengujicuba kesesuaian dan penggunaan sistem lalu melontarkan cetusan idea penambahbaikan terhadap skrin dan teknikal sistem FINeProcurementPLUS selari dengan proses kerja yang berlangsung. 

Rata-rata dari kalangan peserta berasa teruja ke arah penggunaan sistem perolehan melalui elektronik secara menyeluruh. Pelbagai manfaat dan kebaikan diperolehi berbanding cara tadisional melalui kaedah manual dahulu. 

Rentetan itu, peringkat pembetulan dan penambahbaikan dari segi teknikal sistem akan dilakukan seterusnya akan melalui peringkat Final Acceptance Test sebelum ianya GoLive kepada pengguna.

Ia dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Akaun dan Sistem Kewangan dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Perolehan dan Aset Pejabat Bendahari UiTM.