Dasar Kualiti

PERKHIDMATAN KAUNTER

 

 

 

Perkhidmatan kaunter Pejabat Bendahari UiTM adalah bertujuan untuk memudahkan pelanggan bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan dengan matlamat setiap perkhidmatan yang disampaikan memenuhi kehendak pelanggan.

Perkhidmatan pelanggan Pejabat Bendahari UiTM memenuhi ciri-ciri kualiti dalam tiga kategori iaitu FIZIKAL (persekitaran yang kondusif, kemudahan sokongan), PENYAMPAIAN (kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti, keselamatan) dan EMOSI (mesra dan adil, mendengar dan memahami, menghormati dan sabar).

Pejabat Bendahari UiTM mendukung konsep cashless campus (kampus tanpa tunai). Semua urusan pembayaran di kaunter Pejabat Bendahari UiTM adalah secara cashless (tanpa tunai).

Perkhidmatan kaunter Pejabat Bendahari UiTM adalah termasuk kaunter yang terdapat di Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Pengurusan Perolehan dan Aset, Jabatan Pengurusan Kewangan Pembangunan dan Fasiliti, Jabatan Gaji dan Kewangan Staf, Jabatan Pengurusan Akaun Amanah, 12 Unit Kewangan Zon di UiTM Shah Alam, dan 34 kampus cawangan seluruh Malaysia.