AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)
PENGURUSAN BELANJAWAN & PEROLEHAN
- Menguruskan peruntukan belanja mengurus bagi Kumpulan Wang (KW) Pengurusan (SA), KW Pendapatan (KY), KW Amanah (AA), KW Pembangunan (PB) dan KW PFI Pusat Shah Alam (FB).
- Menguruskan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja secara:
Pembelian Terus, Sebut Harga Rasmi, Tender, Rundingan Terus, Kerja Undi/Giliran dan Sebut Harga Runcit. - Menguruskan pemulangan Bon Pelaksanaan/Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) yang telah tamat tempoh.
- Melaksanakan kawalan dan pemantauan perolehan.
PENGURUSAN BAYARAN
- Menguruskan bayaran bekalan, perkhidmatan dan kerja bagi KW Pengurusan (SA), KW Pendapatan (KY), KW Amanah (AA), KW Pembangunan (PB) dan KW PFI Pusat Shah Alam (FB).
- Menguruskan tuntutan pendahuluan dan pelarasan kepada staf.
- Menguruskan bayaran kepada pembekal.
- Menguruskan Panjar Wang Runcit (PWR).
- Menguruskan bayaran caj tetap kepada konsesi PFI.
- Menguruskan dokumen kewangan seperti baucer bayaran, resit dan jurnal.
PENGURUSAN AKAUN
- Menguruskan akaun dan lejer bagi KW Pengurusan (SA), KW Pendapatan (KY), KW Amanah (AA), KW Pembangunan (PB), KW Pembangunan Shah Alam (PS) dan KW PFI Pusat Shah Alam (FB).
- Mengurus dan memantau aktiviti pelaburan bagi KW Pembangunan (PB).
PENGURUSAN PENERIMAAN
- Menguruskan geran pembangunan bagi KW Pembangunan (PB) dan KW PFI Pusat Shah Alam (FB).
- Menguruskan terimaan hasil dari program/aktiviti, sewaan ruang niaga dan utiliti, sewaan tapak pencawang dan lain-lain.
- Mengeluar invois/bil tuntutan untuk program/aktiviti, sewaan ruang niaga dan utiliti, sewaan tapak pencawang dan lain-lain.
- Menguruskan hasil tertangguh.
- Menguruskan dokumen kontrak sewa ruang.
- Menguruskan daftar kontrak sewaan.
- Menguatkuasakan dan memantau kontrak sewa ruang.
PENGURUSAN HARTA BENDA
- Menguruskan pendaftaran harta tetap dan inventori bagi KW Pengurusan (SA), KW Pendapatan (KY), KW Amanah (AA) dan KW Pembangunan Shah Alam (PS).
- Menguruskan proses perekodan dan penandaan harta tetap dan inventori.
- Menguruskan proses verifikasi harta tetap dan inventori.
- Menguruskan proses kehilangan harta tetap dan inventori.
- Menguruskan proses pelupusan harta tetap dan inventori.